CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pakar: Beauty And The Beast Filem Disney 'Paling Berbahaya', Aladdin Ada Unsur Rasis?

12-4-2019 06:25 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 11204| Komen: 41|Original author: Oleh: LilRose



Tidak kisah sama ada filem animasi klasik mahupun adaptasi terbaru, filem Disney sentiasa menjadi sebahagian daripada hidup kanak-kanak setiap generasi.

Bagaimanapun, pakar menyifatkan beberapa daripadanya boleh memberi kesan negatif terhadap kanak-kanak.

Mereka percaya, Snow White, Sleeping Beauty dan Lion King secara tidak langsung menyebar fahaman negatif seperti isu perkauman, keganasan rumah tangga atau penderaan domestik, menerapkan nilai pisau cukur serta persepsi terhadap fizikal tubuh.



Menurut The Sun, pensyarah bidang kemanusiaan dari University of East Anglia, Dr Victoria Cann menyifatkan Beauty and the Beast sebagai filem Disney 'paling berbahaya'.


Ini kerana, menurutnya filem itu secara tidak langsung menggalakkan Sindrom Stockholm iaitu respon psikologi di mana tebusan penculikan menunjukkan tanda setia kepada penderanya. 

Justeru, filem itu menunjukkan ia seolah-olah perkara normal untuk jatuh cinta dengan penculik.



"Filem ini memberi gambaran bahawa sekiranya seorang wanita bertabah, dia boleh mengubah pasangan yang panas baran.

"Di akhir cerita, Beast berubah menjadi lelaki kacak pada penamat dongeng yang bahagia. Ini memberi idea kepada kanak-kanak apabila rupa seseorang berubah menjadi lebih baik, sifat barannya akan hilang dan pasangannya tidak lagi berasa terancam," katanya.

Dr Victoria juga berpendapat filem Aladdin mempunyai unsur rasis. Katanya, semua karakter baik mempunyai warna kulit lebih cerah berbanding watak antagonis dengan warna kulit lebih gelap.



Begitu juga dengan filem Lion King di mana watak antagonis Scar tampil lebih gelap berbanding karakter lain.



Sementara itu, Dr Laura Coffey-Glover dari Nottingham Trent University percaya Snow White mewujudkan harapan tidak realistik kepada gadis muda.

Filem itu menurutnya, menggambarkan wanita sebagai watak tidak berdaya yang hanya perlu menunggu 'knight in shining armor' untuk menyelamatkan mereka.

Pakar juga mendapati Sleeping Beauty menggalakkan wanita terutama menjadi anoreksia dengan karakternya yang terlalu kurus.

Mereka juga bimbang dengan isu lelaki mendominasi wanita yang sedang tidak berdaya melindungi diri sendiri.




Seperti Snow White dan Sleeping Beauty, filem terbabit menunjukkan kedua-dua puteri itu dikucup seorang lelaki ketika mereka sedang tidur.

Bagaimanapun, mereka memuji beberapa filem terbaru daripada Disney seperti Frozen dengan tema lebih moden yang menonjolkan nilai kasih sayang, persahabatan, kesetiaan kepada keluarga dan feminisme.



Tak sangka, tanpa disedari kisah Disney klasik yang digemari sejak kanak-kanak sebenarnya boleh memberi impak negatif.

Pernahkah anda terfikir mengenai kesan sampingan berikut di sebalik kisah-kisah Disney klasik terbabit? - CARI 
5

Bagus
5

Marah
3

Terkejut

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LautBiru52 13-4-2019 05:23 AM
Macam tu pulak dah
Quote Orix 13-4-2019 08:58 AM
Nama pun kartun dek non..... depa belum tgok cite drama Melayu lagi, {:thief
Quote AwanCikDania 13-4-2019 10:16 AM
Masuk akal jugak kajian diorang ni.
Quote beta_carotene 13-4-2019 10:52 AM
Sampai skrg meols xphm kenapa mak ayah dok sogok fairytales mcm cinderella n snow white kat anak2.. so 18sx tau
Quote kroit92 13-4-2019 04:27 PM
adik bongsu aku tengok Moana, yang macam Hawaii tema diorang tu
aku temankan dia, lepas tu dengan aku terjebak   syiok pulak cerita dia

takde cintan-cintun, lagu sedap
Quote Weller 14-4-2019 07:56 AM
yup


agree with the research


sejak belajar literature, baru pandai nak 'read between the lines' etc.


tapi apa-apa pun atas individu terbabit la


nak ambil positive or negative atas sesuatu isu, or suma tu hanya utk fun-fun release tension.


huhuhu
Quote aijinmisaki 14-4-2019 11:58 AM
Nama pun fairytale memang tak logika la. Pasal aladdin tu, bukan ke orang ereb sendiri yang pandang kulit lebih cerah tu lebih mulia gitu?
Quote mbhcsf 14-4-2019 12:47 PM
let it goooooooooooooo..arghh bingit tinger
Quote zuuu 14-4-2019 03:30 PM
Biar betul,aq tngok warna kulit aladin ngan jafar tu lbih kurg je,yg paling putih pon si genie tu..so tang mana yg rasisnya????
Quote akuni 14-4-2019 05:28 PM
Dah x da benda nak kaji kot
Quote cmf_jeangrey 14-4-2019 06:16 PM
Orix replied at 13-4-2019 08:58 AM
Nama pun kartun dek non..... depa belum tgok cite drama Melayu lagi, {:thief

Baru nak cakap..upin ipin tu ada watak nyah lagi..acik2 melayu ok je tak bising pun

Setakat tgk watak pelbagai kaler x memberi kesan pun. Stockhom syndrom? Iols tgk Belle sbg seorg yg berani, memaafkan dan memberi peluang kedua. Its down to individual perception, kalau jenis paranoid mmg segalanya negatif laa
Quote Orix 14-4-2019 07:24 PM
cmf_jeangrey replied at 14-4-2019 06:16 PM
Baru nak cakap..upin ipin tu ada watak nyah lagi..acik2 melayu ok je tak bising pun

Setak ...

Khuens. Nama pun entertainment. Kartun utk hiburan harus lah ada color pelbagai watak. Kalo nk yg helokk jah suruh dia tgok Marilah Mengaji jah y boder y boder
Quote adeqbun 15-4-2019 08:39 AM
pebenda nye..org nak fairy tale tu they live happily ever after dan tgk princess pakai ball gown cantek2 tu je..jauh benor mikir pon..
Quote MarissaOberlin 15-4-2019 08:59 AM
Actually semuanya ada agenda masing-masing dalam karya mereka. Penonton kena bijak dalam membaca makna sebenar. tp kadang tu tak perasan pun
Quote faraway1 15-4-2019 09:10 AM
kalau nak pikir camni, even paw patrols pun tak boleh tengok
sebab marshall tu clumsy ya amat.. kalau real life dah lama kena fired.
Quote AznieBunnie 15-4-2019 11:08 AM
cmf_jeangrey replied at 14-4-2019 06:16 PM
Baru nak cakap..upin ipin tu ada watak nyah lagi..acik2 melayu ok je tak bising pun

Setak ...

upin ipin...
dengan uncle muthu jual makanan pakai singlet je...

isk isk isk...
Quote lurve82 16-4-2019 09:44 AM
aku membesar dgn citer2 mcm ni..ok je...
Quote PulutSambal 17-4-2019 10:02 PM
My god...tiap2 tahun dok ulang benda sama. Disney bawak unsur negatif la Stockholm syndrome la apola. Heyyy ni semua fairy tales ya..mmg dah beratus tahun dulu ditulis. Cinderella, sleeping beauty, little mermaid yg disney punya tu semuanya dah di ubah ending atau jalan cerita dia. Sleeping beauty tu, siap kena rogol dgn raja masa tidur dan terberanak. Little mermaid, dia tak kahwin pun dgn prince tu lalu mati, bertukar jadi buih di lautan. Beauty and the beast pulak ikut version original, bukan kena culik, memang pergi mengadap beast willingly sbb bapaknya dah janji akan suruh anaknya yg mintak bunga rose which dipetik di castle beast tu dtg jumpa beast. So kira terpaksa berpegang pada janjilah. So semua kisah ni dari org lama punya karya, bila disney amik, dilembutkan ending dan dielokkan jln ceritanya. Kalau rajin, pi cari version original ni, download ebook dan baca. Serius tak sama langsung dgn disney version. Kalau nak salahkan, salahkan brothers grimm. Salahkan org yg tulis cerita2 tu, which is hundreds of years ago. Silakan.

Fun fact; in brothers grimm version, did you guys know yg kakak-kakak tiri cinderella, sorang potong ibu jari dan sorang lagi tumit kaki sendiri semata-mata mak dia advise utk bagi gak muat pakai kasut kaca yg tertinggal tu? Rasanya, takde org nak tgk benda mcm tu in children movies kan?
Quote dani-rox 18-4-2019 02:47 AM
PulutSambal replied at 17-4-2019 10:02 PM
My god...tiap2 tahun dok ulang benda sama. Disney bawak unsur negatif la Stockholm syndrome la apola ...

dan cerita asal Sleeping Beauty, si Princess dirogol oleh hero/raja tatkala sedang dlm sumpahan tidur. Lepas dirogol, hero selamba jah balik ke castle sundirik tanpa mempedulikan nasib Princess. Hasil drpd rogol itu, Princess melahirkan anak kembar, sorg lelaki sorg pmpuan - ketika masih nyenyak tido. Dia cuma tersedar bila anak2nya yg kelaparan menghisap jari jemarinya hingga selumbar penyebab sumpahan tercabut.
Princess akhirnya jd pompuan simpanan raja perogol. Bini raja, si permaisuri sakit hati lantas membalas dendam dgn membunuh anak2 Princess dan dimasak utk jd hidangan suaminya yg tak guna itu.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.044664 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top