Beberapa hari lalu, gempar di media sosial mengenai pengakuan seorang bekas pekerja Majlis Perbandaran yang terlibat dalam pembasmian anjing liar.
Menurutnya, mereka memerangkap, mengikat, menjerut dan membalun anjing-anjing liar dengan kejam atas arahan pihak pengurusan. Pengakuan itu disambut dengan kecaman oleh netizen yang tidak percaya Majlis Perbandaran tergamak mengambil cara mudah untuk menghapuskan anjing-anjing liar. Nampaknya, berlainan pula layanan seorang pemilik kedai dobi di Puching Selangor yang membenarkan anjing-anjing liar tersebut untuk berlindung di dalam kedainya. Dalam sebuah gambar yang kini tular di Twitter, seorang pelanggan kedai tersebut mengongsikan notis yang ditampal oleh pemilik kedai dobi itu di pintu masuk.
Notis itu berkata ‘Anjing liar ada di dalam kedai dobi ini, kami membenarkan mereka berlindung di sini untuk mengelakkan daripada ditangkap dan dibunuh, kami faham jika anda tidak selesa dengan keadaan ini dan memilih untuk menggunakan kedai dobi lain’. Kenyataan tersebut turut dimuatnaik oleh Facebook Malaysian Dogs Deserve Better dan sehingga kini dikongsikan sebanyak 850 kali. Ramai netizen yang memuji tindakan pemilik kedai dobi itu. ‘Tahniah kerana mempunyai rasa belas kasih kepada haiwan’ kata seorang netizen. Seorang lagi berkata beliau kagum dengan pengumuman pemilik kedai dobi itu kerana sudah pastinya ada pelanggan yang tidak senang dengan kehadiran anjing liar de dalam premis perniagaan. Sehubungan dengan itu, beberapa orang netizen menyatakan sokongan mereka dengan berkunjung menggunakan perkhidmatan kedai dobi di situ. ‘Saya ada mesin basuh di rumah, tapi akan ke kedai dobi ini sebagai tanda sokongan’ kata seorang lagi. Tidak pasti apakah kesan notis itu kepada perniagaan Rea's Laundry di Puchong tetapi yang pasti perlu ada jalan penyelesaian jangka panjang untuk mengawal anjing liar daripada menggangu ketenteraman awam. -CARI |
Sang_Pencinta: good for kedai dobitapi kalau anjing liar menggigit budak mcm mana?
Themilo replied at 15-4-2019 12:46 PM
wah, terang-terangan tak hinginkan pelanggan muslim yang alergik dengan hanjeng.
kalau di johor, ...
ADVERTISEMENT