CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Letak Kunyit, Garam Dan Goreng Tangan Tu' - Gadis Kelar Tangan Kerana Cinta Dimaki Netizen

13-4-2019 10:11 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 10877| Komen: 45|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Bukan mendapat simpati, sebaliknya tindakan bodoh dan sia-sia seorang gadis dihujani kecaman daripada netizen.

Ada banyak cara manusia zaman sekarang untuk menagih simpati. Dalam dunia yang rancak dengan monopoli media sosial, cara paling mudah adalah dengan memuat naik gambar ke laman seperti Facebook ataupun Instagram.


Itulah yang berlaku kepada seorang gadis yang tidak diketahui identitinya. Gadis tersebut memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan kecederaan tanda kelaran di pergelangan tangannya.


Kredit Foto: Facebook

Menurut spekulasi Facebook Sambal Tumis, gadis tersebut telah mengambil tindakan mengelar tangannya kerana kecewa akibat putus cinta. Dikatakan, lelaki yang dicintainya telah memutuskan perhubungan kerana jatuh cinta dengan wanita lain.


Kredit foto: Facebook

Patah hati, gadis itu memuat naik tiga keping gambar dengan tanda kelaran mengerikan di tangannya. Ramai berpendapat ini satu tanda terdesak untuk meminta perhatian ramai.


Kredit Foto: Facebook

Bagaimanapun, netizen langsung tidak bersimpati sebaliknya mengecam tindakan gadis tersebut. 

'Buang masa mencederakan diri, menyusahkan diri sendiri dan ibu bapa,' kata seorang netizen, mnakala seorang lagi menasihati gadis itu untuk mengingati Tuhan kerana 'kumbang bukan seekor'.


Kredit Foto: Facebook

Bagaimanapun, ada juga netizen yang meninggalkan komen keterlaluan dan tergamak menyuruh gadis malang itu untuk terjun bangunan atau mengelar leher jika benar-benar ingin membunuh diri.  

Malah, ada yang sempat berseloroh secara kasar meminta gadis itu 'menabur garam, kunyit dan menggoreng daging tangannya'.


Kredit foto: Facebook

Walaupun begitu, ada beberapa individu yang musykil dengan kecederaan tersebut kerana ia kelihatan seakan-akan hanya kesan kelaran palsu dengan mekap dan menganggap pemilik gambar tidak dikenali itu membuat gimik murahan.


Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook

Apa-apapun, semoga gadis tersebut insaf dan tidak mengulangi perbuatan kurang waras ini. 


Jika anda atau sesiapapun memerlukan sokongan emosi, sila hubungi Malaysia Suicidal Hotline di 1-800-784-2433, 03-7956 8144 atau 1-800-273-8255. Bantuan juga boleh diperolehi melalui email: [email protected]. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AwanCikDania 13-4-2019 10:15 AM
Dikk oii. Sayangilah dirimu.
Quote EvieWanKenobi 13-4-2019 10:22 AM
kenapa tak terus kelar nadi?
Quote Sang_Pencinta 13-4-2019 10:24 AM
EvieWanKenobi replied at 13-4-2019 10:22 AM
kenapa tak terus kelar nadi?

Kejamnya

Dia acah acah je tu, kelar bhgn atas bukan nadi
Quote gummiebear 13-4-2019 10:30 AM
Kenapala nak sakitkan diri sendiri cemni dekk.. ramai lagi jejantz di donia ini okay. Tak berbaloi langsung nak kelar diri sendiri sebab kecewa. Kan dah tinggal parut.. dah la ubat nak hilang parut tu mahal pastu kecik pulak tu
Quote bellaa 13-4-2019 10:47 AM
not worth la kelar sebab jantan
bsepah jantan kat dunia ni dek oi.

study leklok. keje bagus2. ade duet sendiri, pastu groom diri.
once dah capai tahap mcm tu..

berderet jantan nak kat adek..
sampai boleh pilih jantan mcm pilih baju.

baju lama, tukar baru..
Quote Victorioussss 13-4-2019 11:08 AM
Terung bnyk dekk

Ape kebodo
Quote azwanaliori 13-4-2019 11:13 AM
Kelar melintang untuk attention kelar menegak untuk result ( mati)
Quote sheqim 13-4-2019 11:25 AM
Mmg musim bbnu putus cinta agaknya.. my students pon asek merempan je kat igs putus cinta sedih tak dihargailah jantan pulak tu.. nk je unfollow hahaha
Quote melinda_kerr 13-4-2019 11:27 AM
Post mcmni patut di report. Boleh bawak influence negative pd budak2 yg fragile. Kesian pulak. How come dia boleh upload untuk dapatkan simpati org luar.. mana parent dia? Moga dapat diselamatkan.
Quote buapakperut 13-4-2019 12:54 PM
ewww sampai keluar lemak2. teringat ikan ikeli goreng belado
Quote buapakperut 13-4-2019 12:56 PM
melinda_kerr: Post mcmni patut di report. Boleh bawak influence negative pd budak2 yg fragile. Kesian pulak. How come dia boleh upload untuk dapatkan simpati org lu ...

attention seeker, tapi salah guna pisau chef kot, gory sangat gambarnya. esoktangan berparut2 tak ke hodoh
Quote Zirara99 13-4-2019 01:10 PM
Sepatutnya diberi sokongan moral, dimaki budak tu pulak. Malaysian punya awareness towards self harming is at alarming rate.
Quote akuni 13-4-2019 01:20 PM
Species nih dah tua2 esok baru nak menyesal
Before byk llaki lain atas dunia ni dikk oiii..Jan bodohpiang sangat noooo
Quote eyansss 13-4-2019 02:44 PM
dek, call befrienders dek...  dok kelar tangan sampai mati, jangan tu tetap la pi cari puki lain dek...  u need moral supporr..  call them now dek...
Quote Legaspi 13-4-2019 02:56 PM
Poor u sang gadis, hope u will find ur healing love one day.
Quote Kejora927 13-4-2019 03:11 PM
Macam tipu je.. tak berdarah pong.. n byk plak lemak kt tgn dia?? Mekap je kott
Quote Ajumma 13-4-2019 04:11 PM
Nape lah buat sesuatu yg bodoh mcm nie...demi seekor jantan. Tak berbaloi dik oiiii
Quote kroit92 13-4-2019 04:20 PM
kenapa perlu upload? nak tunjuk kat satu dunia kau sedih putus cinta?
nak harap apa? netizen pujuk rayu?

attention seeker. penyakit media sosial zaman sekarang
Quote ffbeauties 13-4-2019 05:24 PM
Teringat baca berita ada sorang ni acah acah nak terjun bunuh diri. Pastu orang ramai cabar dan provok suruh terjun terjun... last last dia terjun betul-betul.
So kalau nampak kes kes begini tak kira nak perhatian ke atau betul2. Kena jaga perkataan kita jangan kerana kata kata kita jadi punca orang tu bunuh diri.
Kalau prihatin, report polis. Kalau xde perasaan lebih baik diam. Tak pyah gatal tangan tu tekan keyboard

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.055603 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top