CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Westlife Bakal Tiba Di Malaysia, Berbaloi Ke Harga Tiket RM693?

15-4-2019 10:49 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 4026| Komen: 24|Original author: Oleh: top5complete

FOTO GOOGLE

Sudah dua dekad kumpulan Westlife tidak mengadakan konsert di Malaysia. Kali terakhir mereka datang adalah pada tahun 2000. Kunjungan Westlife sempena The Twenty Tour 2019 ini sudah pasti membuat ramai peminat di Malaysia teruja menantikannya.

Antara lagu mereka yang popular adalah Uptown Girl, Swear It Again dan Flying Without Wings. Ahli kumpulan ini juga masih teguh bersama iaitu Nicky Byrne, Kian Egan, Mark Feehily, dan Shane Filan.


FOTO GOOGLE


Namun, apa yang mengejutkan adalah harga tiket untuk VIP dijual mencecah hampir RM700 seorang. Adakah ia berbaloi?

Menurut info 400 ribu tiket telah habis dijual dalam masa 48 jam. Hebat bukan? Ramai rupanya peminat Westlife di Malaysia. Sudah pasti peminat wanita di Malaysia bakal 'cair' bila bertemu dengan idola mereka nanti. 



Tapi, tolong jaga adab di negara ini, jangan sesuka hati memeluk dan mencium mereka di khalayak ramai seperti kes-kes artis Malaysia yang berlaku sebelum ini. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mirandanicky1 15-4-2019 11:30 AM
Retis international okay jugaklah kot. Harap2 nyanyi live okay lah. Retis local pun apa kurangnya..show siap meet & greet cecah 800 kot. Gilalah bukan ada kos kena naik flight bagai pun.
Quote Artemesiaa 15-4-2019 12:06 PM
Buat die hard fan mereka ni sanggup je berbanding jika mereka kena keluar negara untuk menonton konsert mereka pasti perbelanjaannya akan lebih tinggi lagi.
Quote sfrnna 15-4-2019 12:11 PM
I pergi je kalau duit i berlebih, malangnya duit  cukup2 makan jela pulak kan .  Concert westlife in takda standing zone pulak.  Kenapa dia target acik2 ke?
Quote Sang_Pencinta 15-4-2019 12:13 PM
Berbaloi kot untuk fans dia

kebanyakan abang2 dan kakak2 umur 30an dan 40an kan fans zaman diorang ni?

pasti ekonmi dah stabil
Quote EvieWanKenobi 15-4-2019 01:06 PM
harga memang mahal tapi kalau
dah die hard fans, why not..
Quote matseh 15-4-2019 02:18 PM
ok la tu 130 pound. Paling murah 50 pound. Takkan nak jual RM150 = 30 pound .
Quote mizruncing 15-4-2019 02:25 PM
berbaloi je buat die hard fans
Quote dua_chzy 15-4-2019 02:39 PM
Sah2 berbaloi. Adakah penulis artikel bbnu tak merasa membesar bersama Westlife dedolu?
Quote zuuu 15-4-2019 03:26 PM
Rasanya ni bgantung pada minat...kalo dh fan dyorg mampu why not...westlife ni nama besar gak zaman 90an dulu
Quote Orix 15-4-2019 03:29 PM
400 ribu tiket habis dijual utk konsert dekat stadium melawati tu ? Menangis Coldplay n Taylor Swift kalo baca. Deyols buat konsert skala besar pn 50-90ribu jah tiket yg dijual utk satu2 venue {:smile
Quote Megikari 15-4-2019 03:46 PM
Berbaloi uolllsssss.... I dah plan nak beli tiket walaupun terpaksa ponteng family day husband i hahaha. Sekali tu laki kata kalau mak dia tau kang mak dia sedih pastu mak dia jadikan biras i pulak menantu kesayangan. Terus i kensel westlife {:cryrun
Quote AbukRokok 15-4-2019 04:10 PM
xde lah die hard sgt.... brian mcfadden xde.... gary barlow xde
baik beli tiket Alexander Popov
Quote gam_gajah 15-4-2019 04:26 PM
i & my frens antara yg nak pegi tapi gagal beli tix
my fren nak gi beli masa pre-sale mmg terkejut tgk org beratur pjg sgt
mana nak tau sambutan hangat gini sampai ada yg dah sampai dr semalamnya lagi
i semalam prepare dgn 2 laptop nak battle beli tix ni
kecundang jua
sistem jammed kejap pastu slow & mcm2 masalah
ke aku yg lembab tatau la
skrg tunggu la kot2 ada yg nak letgo

Quote kechikchomel 15-4-2019 04:45 PM
group ni asalnya 5 orang kan?
lagi sorang sape ntah nama dia. tak ingat
Quote annehuda 15-4-2019 05:10 PM
rm600+ utk seat mcm tu kire murah la tu.  tp btul ke 400k yg datang mcm ramai sgt je tu
Quote meisapoya 15-4-2019 09:37 PM
Berbaloi. Live dia lagi sedap dari bbnu nyanyi studio.
Quote KhoSayWei 20-4-2019 11:18 PM
Mohon Pemuda PAS dan UMNO berdemo. Kumpulan yahudi ni datang rosakkan akidah anak dara kito
Quote hyie 20-4-2019 11:46 PM
KhoSayWei replied at 20-4-2019 11:18 PM
Mohon Pemuda PAS dan UMNO berdemo. Kumpulan yahudi ni datang rosakkan akidah anak dara kito

dah lama tak dengar geng2 lobai berdemo...

iols westlife kureng sket..kalau bsb nsync tu mungkin gigih jua lah nak pegi tapi amik tix mur2 je la acik celine dion pon nak buat tour khuens...baru announce us n canada aje...macam teringin plak nak pegi walaupun tak berapa tau sangat lagu2 dia
Quote KhoSayWei 21-4-2019 12:49 AM
hyie replied at 20-4-2019 11:46 PM
dah lama tak dengar geng2 lobai berdemo...

iols westlife kureng sket..kalau bsb nsync tu mungki ...

Wajib demo geng lebai PAS. Westlife rosakkan akidah

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.214657 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top