Setiap wanita mempunyai kitaran haid yang berbeza-beza. Walaupun sudah membuat pengiraan kitaran haid menggunakan pengesan haid dan sebagainya, sering kali ia tersasar dari jangkaan. Berikutan itu, kenyataan dari seorang lelaki di Twitter mencetuskan provokasi di kalangan netizen, baik di pihak wanita mahupun lelaki. Puncanya, individu terbabit mengulas mengenai tweet daripada pengguna lain berhubung cadangan penyediaan tuala wanita di setiap tandas awam. Menurutnya, seorang wanita sepatutnya peka dengan kitaran haid masing-masing. Bagaimanapun, cara penyampaiannya itu bersifat terlalu proovokatif seolah-olah lelaki lebih memahami kondisi seorang wanita.
Apabila dikecam dan kenyataannya ditempelak, lelaki berkenaan tidak dapat menerimanya. Malah, dia melenting dan membidas kembali komen berkenaan. Ramai warga Twitter tidak berpuas hati dengan pandangan individu terbabit. Iyalah, tidak mengganggu atau memberi kesan pada hidup diapun, tetapi kenapa nak kecoh sangat kan? Dek kerana mencari pasal dengan golongan wanita, tak pasal-pasal lelaki itu dicop gay! Pun begitu, ada beberapa komen positif daripada pengguna yang menggalakkan kaum lelaki untuk mengambil cakna perihal wanita kerana suatu hari nanti, lelaki akan memiliki wanita sebagai isteri juga. Kenapa orang suka sangat menyibuk dengan perkara yang tiada kena-mengena dalam kehidupan seharian sendiri. Dalam hal ini, kalau cadangan penyediaan tuala wanita di setiap tandas awam dilaksanakan sekalipun, bukannya ia mengganggu golongan lelaki kan? Dah namanya untuk wanita, takkan nak letak di dalam tandas lelaki. Kenapa bitter sangat? - CARI
|
munchkin: Yg komen i dont bleed monthly bodo tu bodo jugak. Sudah kau tak bleed monthly ko kenalah check ngan doktor. Yg lain komen period datang awal tu valid ...
ADVERTISEMENT