CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Apa Gabungan Artis Yang Peminat Nak Tengok? Ini List Yang Rare Dan Di Luar Kotak!

14-6-2019 04:10 PM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 13436| Komen: 75|Original author: Oleh: HakirRahman

Tak dinafikan di Malaysia memang banyak bakat, cuma banyak juga geng. Geng orang bandar tak kawan dengan geng orang kampung, atau geng artis BBNU asyik berduet dengan artis BBNU juga. 

Cuba bayangkan kalau mereka bercampur dan hasilkan lagu, filem atau drama ke, agak-agak rare tak jadinya dan terus meletop? Korea sekarang pun dah mula bergabung projek dengan artis Amerika, Sepanyol dan macam-macam lagi. Mungkinlah, industri kita tak sampai tahap macam tu lagi, so mulakan dengan gabungan dalam negara yang pelik-pelik sedikit? 

1- Suhaimi Sufian dan Dayang Nurfaizah

Bayangkan suara Suhaimi Sufian yang lemah gemalai tu digabungkan dengan suara syahdu Dayang Nurfaizah? Gabungan dia power macam Di matamu Di Pintu Syurga tak agak-agak? 

2- Ayda Jebat dan KRU

Lagu-lagu rancak Ayda Jebat disuntik dengan elemen rap KRU. Pergh!


3- Fatah Amin dan Nora Danish

Lama tak nampak Nora Danish berlakon, agak-agaknya kalau dipadankan dengan hero Malaya Fatah Amin menjadi tak? 




4- Sharifah Sakinah dan Zizan 

Takda orang nak pasangkan Sharifah Sakinah dan Zizan berlakon ke? Dua-dua pandai buat lawak pecah perut wei! 



5- Bernard Chauly dan Osman Ali

Siapa tak kenal Bernard Chauly? Dia ni pengarah power yang arahkan filem-filem cinta ala hipster macam Gol & Gincu, Pisau Cukur dan Manisnya Cinta di Cappadocia. Osman Ali pulak filem dia biasalah filem sendu sendan macam Ombak Rindu, Langit Cinta dan Pinjamkan Hatiku. 

Agak-agak meletop tak kalau mereka bergabung buat filem, Bernard yang faham kehendak cinta cintun orang bandar, trend viral dan hipster dan Osman Ali dengan cerita yang sendu sendan? Filem cinta yang semua orang suka? 


     

Agak-agak gabungan diorang dapat tak filem macam filem sedap macam Ada Apa Dengan Cinta ni? 



6- U-Wei Haji Saari dan Syafiq Yusof

Filem-filem U-Wei Haji Shari tak ramai orang boleh masuk, sebab kadang-kadang deep sangat, kalau tak kena citarasa boleh tertidur dalam wayang. Tapi, filem dia power maksudnya dapat banyak anugerah. Filem macam Perempuan, Isteri......, Jogho dan Hanyut. Syafiq Yusof pulak siapa tak kenal, pengarah muda yang berbakat besar, yang boleh tahan kreatif.

Sekarang bayangkan dua nama ni bergabung buat filem...belajar antara satu sama lain untuk penuhi kehendak penonton. Best tak? Abang Long Fadil tapi 'deep' macam Jogho. Tidak ke kita dapat paling lekeh pun macam No Country For Old Men? 

Agak-agak dapat tak filem sejarah tp sedap macam ni? 

Ini semua cadangan sahaja, tapi bayangkan orang seni kita ni selalu buat kolabarasi luar biasa, taklah asyik pasangan sama muncul kat TV, pasangan duet sama menyanyi lagu yang lebih kurang sama!

Tak boleh buat? Kalau Dato' Siti Nurhaliza boleh bergabung buat lagu dengan Too Phat takkanlah orang lain tak boleh kan. Yang untung peminat seni negara juga yang ada pilihan lain dari yang lain. 

Jadi, siapa yang korang rasa kalau bergabung? - CARI 

6

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
6

Sedih
6

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote friedfishsoup 14-6-2019 05:19 PM
Gabungan Aimy Emas dan Mawi Gangsa.
Quote slyfynx 14-6-2019 07:38 PM
I is tersakit hati pulak bile title dgn gmbr x seiring.
Nama kanan, gmbr kiri.
Haish.

Kalau gandingan paling i nk.....
Sohai dgn Nasir BIlal Khan
Quote putehkundor 14-6-2019 07:52 PM
nak tengok gandingan duet anuar zain dengan ifa raziah
Quote putehkundor 14-6-2019 07:56 PM
tok ti dan to ki
Quote giyomi 14-6-2019 08:05 PM
stupid article...sorry but it's true. banyak lagi citer di luar sana dari main gabung2 ni
Quote caprut 14-6-2019 08:06 PM
aku bk tgok azizah mhzan ngn nasir bilal khan pastu nk tgok dato rahim razali ngn rosnah mat aris. bole x?
Quote unguaurora 14-6-2019 08:25 PM
putehkundor replied at 14-6-2019 07:56 PM
tok ti dan to ki

Aiyooooo... seram gituhh
Quote ira_sindarella 14-6-2019 09:13 PM
nasib baik Fatah Amin ngan Nora yg dah jadi binik orang.. kalau awek awek single', I bimbangi kalau kalau fatah amin jatuh cinta nanti.. hobi beliau kan cinta lokasi
Quote caca_eric 14-6-2019 11:40 PM
Wani syaz artis nasyid dengan rappers dj fuzz waris dll.dah lama dah buat.. urban n mualimah
Quote RooneyMara 14-6-2019 11:41 PM
Nak tgk Scha alyahya berlakon ngan fazura maybe as BFF ke. Scha as the selamba girl and Faz as gedik manja girl. Haha
Quote gideoncross 15-6-2019 12:26 AM
friedfishsoup replied at 14-6-2019 05:19 PM
Gabungan Aimy Emas dan Mawi Gangsa.

Kepam ngan wangi, xngam.
Quote Fly_over 15-6-2019 08:54 AM
ira_sindarella replied at 14-6-2019 09:13 PM
nasib baik Fatah Amin ngan Nora yg dah jadi binik orang.. kalau awek awek single', I bimbangi kalau  ...

Fattah pn laki org dh skrg..
Quote dua_chzy 15-6-2019 09:29 AM
Edited by dua_chzy at 15-6-2019 09:30 AM

Tingin tengok Fattah dan Nora buat method acting berlakon dalam cerita serius sebagai adik beradik. Atau filem thriller.

Akak yaqin if berlakon under direktor bagus yang boleh gali bakat deyols, deyols can give their best.
Quote Rapz 15-6-2019 09:38 AM
friedfishsoup replied at 14-6-2019 05:19 PM
Gabungan Aimy Emas dan Mawi Gangsa.
Fuh!yg 'dinanti2'...hahaha!
Quote sokmogitu 15-6-2019 09:41 AM
Wishlist

1) Tokti featuring tushee
2) sufian suhaimi ft suhaimi saad
3) Aman Shah ft Aman Aziz & Aman RA
4) Ifa Raziah & Safura

Quote qwerty02 15-6-2019 01:56 PM
ira_sindarella replied at 14-6-2019 09:13 PM
nasib baik Fatah Amin ngan Nora yg dah jadi binik orang.. kalau awek awek single', I bimbangi kalau  ...

Dah 2 drama Fattah lakonkan sejak jadi suami orang dgn heroin2 yg masih bujang, takde cinlok pun. Dia bergandingan dgn Tiz Zaqyah dlm Isteri Bukan Untuk Disewa dan yg terbaru, heroin Azar Azmi dlm Cetera Hati Diya.

Saksikan Cetera Hati Diya di TV3 mulai Isnin ini 17 Jun di slot Samarinda, Isnin hingga Khamis, 10.00 PM - 11.00 PM ya.
Quote RatuDunia94 15-6-2019 02:01 PM
Sebenarnya its not about "The Combination" yg buatkan sesuatu produk atau karya tu meletop. Its "The Karya" itself. Kualiti n content produk or karya tu yg org akan apprieciate. Gabungan2 tu just bonus.
Quote RatuDunia94 15-6-2019 02:04 PM
Tp iols lg tetingin nk tengok combination yg ini :

Siti Nurhaliza & Zamani

Sayang dulu2 masa muda2 suara tgh hot xde 1 projek. Kalau tak mmg meletop2.

Quote bakingsoda 15-6-2019 02:50 PM
hijjaz & dik qieqie

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.053947 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top