CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Dah Sampai Bersarang Kat Mulut" - Ingat Bibir Luka Biasa, Rupa-Rupanya...

16-4-2019 01:20 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 16745| Komen: 86|Original author: Oleh: intan

Derita anak istimewa ini benar-benar membuka mata bagi sesiapa yang melihatnya. Walaupun nampak seolah tiada apa-apa pada awalnya, hanyalah sekadar luka kecil di bibir, tetapi naluri seorang ibu membawa anak perempuannya yang kurang upaya mendedahkan perkara sebaliknya.

Doktor Mohd Khairul Izwan melalui perkongsiannya di Facebook menceritakan pengalaman beliau merawat anak istimewa ini. Ibu kepada pesakit membawanya ke hospital setelah luka bibir yang semakin membengkak dan keluar 'ulat' dari kawasan luka. Doktor Khairul terpaksa membuang lebih kurang 16 ekor ulat daripada bahagian bibir anak istimewa ini.


Setelah melalui siri pemeriksaan lengkap, ternyata bibir anak yang berumur 15 tahun menderita penyakit cerebral palsy ini mempunyai bengkak dan seolah-olah ada 'benda' yang hinggap di bibirnya. Rupanya itu adalah larva ulat yang mula membiak di bibir pesakit tersebut.



Ulat yang sering kita lihat di benda - benda kotor ataupun lebih dikenali sebagai 'ulat sampah' oleh kebanyakan masyarakat  boleh membiak atas tisu atau kulit manusia tidak kira hidup atau mati.

Disebabkan oleh faktor kesihatan pesakit ini yang lumpuh dan tidak mampu bergerak dan sepenuhnya berharap kepada belas ihsan ibunya, anak istimewa tersebut telah dijangkiti oral myiasis ataupun maggot inferstation. Permulaan jangkitan ulat ini mungkin bermula daripada luka kecil yang berlaku di bibir disebabkan oleh kekeringan cuaca panas, ditambah dengan keupayaan untuk makan dan minum yang terhad. Pesakit hanya boleh menelan makanan yang disalurkan tiub melalui hidung dan mungkin ada lalat yang hinggap di bibirnya yang luka dan menetas telurnya sehingga membuat sarang.

Tidaklah menyalahkan ibunya, mungkin kerana terlepas pandang, lalat tersebut hinggap dan mula membuat telur. Ditambah dengan kebersihan mulut serta gigi yang kurang baik membuatkan telur lalat tersebut membiak dengan cepat dan membentuk larva.

Kes yang jarang berlaku..

Menurut Doktor Khairul lagi, kes tersebut amatlah jarang direkodkan tetapi tidak mungkin tidak akan berlaku kepada orang sekeliling dan diri sendiri. Setelah melakukan pembedahan dan rawatan susulan, keadaan adik istimewa itu beransur pulih. Doktor Khairul juga menasihatkan untuk orang awam sentiasa menjaga kebersihan terutama gigi dan mulut dan membantu mereka yang kurang upaya menjaga kebersihan diri.


Pengalaman yang dikongsi oleh Dr Khairul ini diharap membuka mata masyarakat untuk sentiasa membantu dan memantau orang kurang upaya yang tidak mampu menjaga diri sendiri menjaga kebersihan diri sendiri supaya perkara seperti ini dapat dielakkan. - CARI 

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lemak_masin 16-4-2019 01:23 PM

OMG!
Quote cha-cha 16-4-2019 01:24 PM
Ahhhh damnnnn... scroll laju laju
Quote OrkedCattleya 16-4-2019 01:28 PM
Allahu....kesiannye. geli tgk ulat tu
Quote crazypink 16-4-2019 01:30 PM
scarynyer   betul ker nie
Quote cap_ayam 16-4-2019 01:32 PM
Tak sangka berlaku kat Malaysia.. kesiannya anak ni..
Quote mbhcsf 16-4-2019 01:34 PM
oh goshhhhhhhhhh.....
Quote misc 16-4-2019 01:36 PM
Kenapa la news mcm ni selalu terbaca time lepas lunch.
Anyway kesian betul kat budak tu. Dia pun tak nak benda ni terjadi kat dia.
Quote sehirkedi 16-4-2019 01:37 PM
Ingatkan kejadian di luar negara... Ngeri juga melihat gambar!
Quote iloveselangor 16-4-2019 01:37 PM
Memang boleh ulat lalat tu membiak bawah kulit...biasanya Kat lembu2.
Quote umie 16-4-2019 01:39 PM
Ya allah kesiannya
Quote iloveselangor 16-4-2019 01:40 PM
Mak tadi Google pasal oral myasis ni jumpa gambar2 ni

oral-myiasis.jpg BS3C3.jpg
Quote RatuDunia94 16-4-2019 01:45 PM
Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh......
Quote makton 16-4-2019 01:45 PM
kesiannya... tak sanggup nak tgk
Quote paz 16-4-2019 01:49 PM
Alah takut lah tengok, ni yang terus nak pi check mulut and gigi,
Quote AlterEgo 16-4-2019 01:55 PM
kesiannya...


scroll laju-laju pun impact remangann and kepala rasa besar penangan trypophobia -ish
Quote aHoi83 16-4-2019 01:59 PM
Berlubang bibirnya besar plak tu. Kesian
Quote iloveselangor 16-4-2019 02:00 PM
Mak nak pergi gosok Gigi lah..lepas tu nak kumur mulut.
Quote lasagnaklcc 16-4-2019 02:02 PM
Meremang bulu tengkok
Quote Anggun05 16-4-2019 02:10 PM
adoii..nyesal tgk... grrrrrr......

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.045247 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top