|
Banyak pandangan dilontarkan di kalangan masyarakat mahupun pakar apabila Program Permata Negara (Permata) ditukar nama kepada Genius. Memetik laporan Malaysia Gazette, pertukaran nama itu menunjukkan kemiskinan bahasa seperti yang dikatakan oleh Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim.
Pakar bahasa Melayu itu berkata, pertukaran nama yang dilakukan tiada salahnya namun haruslah menggunakan bahasa kebangsaan. “Apa pula bahasa Inggeris. Kalau nak tukar atas sebab tertentu carilah bahasa Melayu yang lebih baik. Kenapa terlalu nak tonjol bahasa Inggeris. “Carilah yang bahasa Melayu tulen kenapa nak tunjukkan kita miskin bahasa,” katanya. Kata Nik Safiah lagi, hal tersebut wajar dipersoal kerana ia tidak berbaur politik. “Tidak ada buruknya pada nama Permata. Saya bertanya kenapa nak ubah sebab Permata, ia natural dan cantik,” katanya lagi. Untuk rekod, program didikan awal kanak-kanak bawah empat tahun itu diperkenal pada 2007 dan merupakan inisiatif bekas PM, Datin Seri Rosmah Mansor. - CARI |


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.544281 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.