Seorang ibu telah mencetuskan kemarahan ramai apabila video dia menendang anaknya tular di media sosial. Susulan itu wanita tersebut meminta maaf secara terbuka kerana mengasari anak perempuannya yang merupakan seorang model berusia tiga tahun. Alasan dia bertindak demikian adalah kerana anaknya tidak mematuhi arahan ketika sesi penggambaran. Peniaga pakaian di platform e-dagang Taobao terus mengenal pasti kanak-kanak itu sebagai Niuniu, yang selalu bekerja di Hangzhou, ibu negeri wilayah Zhejiang iaitu lokasi pangkalan Taobao serta penjual dalam talian lain. Lebih 100 jenama menandatangani surat terbuka mengecam penderaan model kanak-kanak itu.
Ibu Niuniu kemudiannya memohon maaf dan menjelasakan dia menyayangi anaknya dan tak mungkin menyakitinya. “Tindakan saya dalam video itu adalah ketika mendidik dan berkomunikasi dengannya. Ia tidak bertujuan menyakitinya. “Jika ini mencetuskan kekeliruan atau salah faham, saya mohon maaf. Saya tegaskan anak saya amat disayangi, dilindungi dan dihargai." Selepas insiden ini, pelbagai video menyaksikan Niuniu didera terbongkar. Antara komen dari netizen, “Memang menakutkan. Bayangkan jika satu hari nanti dia tidak mampu bekerja atau sakit, mungkin ibunya akan terus mengabaikannya." -CARI
|
ADVERTISEMENT