Pelakon cantik dan berbakat besar, Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin semalam meluahkan rasa sedihnya apabila menerima cacian dan makian daripada individu yang dirahsiakan namanya gara-gara menjual produk.
Individu tersebut menghantar mesej berbaur cacian dan makian meminta Zara untuk meneruskan sahaja karier lakonannya dan tidak perlu menjual produk kerana produknya tidak mendapat sambutan. Lebih mengejutkan lagi apabila individu tersebut menyuruh Zara untuk menjual 'badan' sahaja kerana ianya pasti akan mendapat sambutan hangat. Biadap! "Hina sangat ke kalau saya nak berniaga?," tulis Zara Zya kecewa sambil bertanya apa salah dia sehingga individu tersebut mengaitkan perniagaannya dengan keluarga pelakon jelita itu. Sedih kerana melibatkan ahli keluarga... Produk tak haram. Kalau tak puas hati bincang secara berdepan. Perkongsian Zara tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-rata meminta Zara untuk mengabaikan sahaja individu tersebut dan meminta dia untuk lebih bersemangat meneruskan perniagaannya. Malah, rakan-rakan artis turut memberi sokongan kepada Zara. Hati kalau dah busuk, tengok orang minum air kosong pun boleh dengki. Jadi, nasihat kami kepada Zara, abaikan sahaja kata-kata negatif yang diterima. Keep strong! -CARI
|
de_ikea replied at 16-4-2019 04:32 PM
Wah manisnya ayat abam acap muslim
insulin: Petanda no. 3 le tu.
kacang^soya replied at 16-4-2019 09:14 PM
sheols ada jual sambal dlm botol kan dulu..pernah tgk video ig sheols pack lps baru siap sambal tu.. ...
Sazida replied at 16-4-2019 09:16 PM
Dulu dia jual coklat. Skrg xpasti plak ape benda dia jual. Tp apsal tak dedah je muka si penghina tu ...
ADVERTISEMENT