Makan kepala kambing? Mungkin ia kedengaran pelik bagi sesetengah orang. Namun, menu kepala kambing bukanlah satu perkara yang luar biasa mengikut Adat Perpatih di Negeri Sembilan.
Memetik laporan Harian Metro, Luak Gunung Pasir menganjurkan program Olek Luak Gunung Pasir Masakan Tradisi Kepala Kambing di Kampung Sikai, Sri Menanti. Ia bertujuan bagi memastikan adat tersebut tidak pupus ditelan zaman. “Program berteraskan Adat Perpatih membuka peluang untuk peserta menimba pengalaman memasak kepala kambing. Mereka didedahkan dengan keistimewaan masakan tradisi kami,” kata Penghulu Luak Gunung Pasir Hanizam Harun.
Katanya lagi, peserta juga diajar penyediaan bahan dan juga cara memasak agar kepala kambing dapat disediakan dengan lebih enak. “Melalui program ini, kami mahu mempromosikan masakan itu di peringkat lebih jauh,” ujarnya. - CARI
|
ADVERTISEMENT