Perasan tak sejak Bella Dally kahwin, jaranglah dia update tentang suaminya. Kalau dulu dengan Nazim Othman ada juga gambar mesra berdua tapi kahwin kali ini macam tak tayang suami pun.
Sampai peminat tertunggu-tunggu nak tengok.
Disebabkan itu adalah netizen yang bertanya Bella terus di IG. Tapi sebenarnya Bella ada alasan tersendiri. Katanya dia dah belajar dari kesilapan yang dulu dan sekarang nak lebih privasi.
"Memang sengaja tak muat naik sangat perkembangan mengenai kehidupan selepas kahwin. Saya menjadi lebih melindungi kali ini," katanya melalui Insta Story. Namun ada masanya Bella akan jadi lebih terbuka untuk berkongsi mengenainya. Alah, tak perlu tayang pun kalau betul bahagia. Lebih baik begitu, daripada asyik tayang je, bukan bahagia sangat pun. Tahu-tahu sahaja nanti dah bercerai. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|