Susulan keputusan mahkamah mengarahkan atlet Taekwondo negara, Nur Dhia Liyana Shaharuddin membuat permohonan maaf secara terbuka, seorang pengguna Twitter tampil menjelaskan perkara sebenar. Menurut rakan kepada kakak atlet terbabit, Zack Ulfah menceritakan semula situasi sebenar dihadapi Dhia. Katanya, ada sebab kenapa Dhia menendang warga emas kurang upaya (OKU), Placid P Rodriguez, 71, ketika kejadian dua tahun lalu. Dalam kejadian, punggung Dhia diramas Rodriguez ketika berada di platform LRT menuju ke eskalator menyebabkan atlet berkenaan mempertahankan dirinya.
Dhia terpaksa menutup sebelah mata dan menarik semula laporan kerana mahu menumpukan fokus dalam Sukan Sea. Walaupun kes jenayah digugurkan, kes sivil masih diteruskan. Malangnya, Dhia terpaksa akur dengan kehendak plaintif dan keputusan mahkamah mengarahkannya membuat permohonan maaf serta membayar pampasan. Ulfah menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak hanya mendengar cerita sebelah pihak sahaja dan menggesa netizen yang melemparkan tohmahan terhadap Dhia memohon kemaafan daripada atlet itu. Ramai netizen sudah menjangkakan 'ada sesuatu yang tidak kena' dengan berita disampaikan media. Dalam masa sama, mereka sempat mengeji tindakan tidak tahu malu OKU terbabit membuat onar dan memutar-belit cerita. Walaupun pihak media menerima pelbagai kritikan negatif, ada juga yang tampil menjelaskan bahawa wartawan mengolah berita berdasarkan fakta daripada mahkamah. Ramai netizen kesal dan terkilan dengan sistem perundangan di negara ini yang cenderung berpihak kepada pesalah sebenar. Anda nak percaya pihak yang mana? - CARI
|
ADVERTISEMENT