CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Suami Kedekut, Beli Susu Formula Tanggungjawab Isteri Kalau Nak Berhenti Beri Susu Badan

17-4-2019 02:39 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 7299| Komen: 31|Original author: Oleh: LilRose


Kredit foto: Getty Images


Anak adalah anugerah terindah yang diimpikan setiap pasangan. Namun, ada juga segelintir ibu bapa bertindak di luar jangkaan apabila berdepan masalah kewangan untuk menyediakan kelengkapan anak kecil terutama bayi baru lahir.

Mana tidaknya, kadangkala barangan keperluan bayi lebih mahal daripada orang dewasa.

Jarang berlaku, tetapi ianya realiti apabila suami atau isteri iri hati terhadap pasangannya. Sebelum ini, ada suami tidak berpuas hati istrinya yang sarat hamil kurang melakukan kerja rumah dan dilabel sebagai pemalas.


Kredit foto: METRO


Terbaru, seorang lelaki bersungut apabila isterinya mahu berhenti memberi susu badan.

Menerusi forum Reddit, lelaki itu berkata, selepas enam bulan memberi susu badan kepada bayi mereka, isterinya memutuskan untuk beralih kepada susu formula sepenuhnya.

"Saya rasa kalau dia mahu berhenti menyusu badan tanpa sebab munasabah, dialah yang sepatutnya mengeluarkan bajet untuk membeli susu formula sebab dia yang membuat keputusan itu, kan?" soalnya.


Kredit foto: Shutterstock

Tambahnya lagi, dia kemudian dimarahi isteri dan disifatkan lelaki tidak berguna kerana meminta pasangannya berbuat demikian.

"Dia kata, ia (bajet untuk susu) sepatutnya dimasukkan ke dalam bajet keperluan isi rumah," katanya dengan penuh rasa tidak puas hati memandangkan bajet untuk keperluan rumah mereka agak ketat.


Kredit foto: Twitter

Keluhannya itu bagaimanapun mengundang kecaman netizen.

"Tukar saja semua susu di dalam rumah dengan susu badan dan suruh suaminya keluarkan duit sendiri kalau dia nak susu biasa.

"Menyusu badan adalah percuma hanya jika anda merasakan tenaga dan masa isteri melakukannya tidak bernilai," antara komen netizen terhadap lelaki terbabit.


Kredit foto: Getty Images

Amboi, bang. Buat anak nak sama-sama, tapi segala kos penjagaan anak semua tolak ke isteri, apa cerita? - CARI
1

Bagus
1

Marah

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote armin 17-4-2019 02:56 PM
Kenapa kau kahwin eh? Jantan camni rak latak buat laki
Quote haryatie 17-4-2019 02:56 PM
nsib la org yg bersuami
mcam2 hal...
Quote bawangkecik 17-4-2019 03:03 PM
ofis aku ada sorang macam ni. panas hati betul bila dia cakap

dia yang nak beranak, bagi la susu badan

dok rumah bukan buat benda pun, bagi ja la susu badan tu
Quote ikanmasin 17-4-2019 03:11 PM
jantan tak guna nak sedap jer..tak layak dibuat laki pesen gitu perangai..
Quote AnaisAnais 17-4-2019 03:17 PM
tak nak lah cakap... buat darah ku naik je.
Quote seri_mawr 17-4-2019 03:19 PM
bawangkecik replied at 17-4-2019 03:03 PM
ofis aku ada sorang macam ni. panas hati betul bila dia cakap

dia yang nak beranak, bagi la susu ...

dia tu ada hati tak bagi makanan berkhasiat kat biniknya supaya susu tu boleh keluar...

klu takat bagi lauk ayam je...hujung bulan makan bercatu....
suruh jek dia jgn jadi suami....

eh...aku pulak yg geram....
Quote prettyuglybabe 17-4-2019 03:27 PM
please include condom dalam perbelanjaan keperluan isi rumah..
Quote chinta89 17-4-2019 03:47 PM
omg jantan skg kenapa bsepah ramai x guna

yg berguna u, syabas!
Quote buapakperut 17-4-2019 05:23 PM
tak mampu beli susu anak nak aje kahwin dan beranak .. geramnya baca. dulu kak ipar iols selalu pau duit iols katanya untuk susu anak. abis abang iols keje tu bela anak sape lak. mula2 kesian lama2 hmmmmm... bila iols wat donno pandai pula block iols kat fb.
Quote Artemesiaa 17-4-2019 05:46 PM
Orang macam ni elok duduk membujang je sampai tua
Quote mujer_in_espejo 17-4-2019 06:33 PM
makin pupus lelaki yg faham dan bertanggungjawab..
Quote Rainora 17-4-2019 06:39 PM
Lelaki oh lelaki tau buat tak nak full responsibiliti.
Quote aleesyasofia 17-4-2019 07:19 PM
aduhai.. baik tak yah kawin lagi senang.. susu utk anak pon berkira..
Quote sehirkedi 17-4-2019 08:07 PM
Susah la kalau kawin dengan orang berkira.. Baik lah bujang je..
Quote diss69 17-4-2019 08:19 PM
Kalau suami berkira mcm gitu, susu bdn pon patut kena charge..
Quote lattehazelnut 17-4-2019 09:43 PM
Kalau suami nak seks charge dia gak
Tanpa condom mahal
Dengan condom sederhana
Job2 murah
Quote nono86 17-4-2019 10:59 PM
Kalau kedekut sangat tak payah kawen. Langgan bohsia je. Baru padan kena penyakit spesis tak guna macam ni.
Quote onexox97 18-4-2019 08:00 AM
Bukan di Malaysia je Gini
Quote MadameOnion 18-4-2019 09:34 AM
celaka betul jantan camni..tau nak sedap bersenggama je..tanggungjawab takmau..semoga kau mati pucuk

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.064042 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top