|
Setiap tahun, pereka fesyen tempatan sentiasa mengeluarkan rekaan Baju Melayu yang lain daripada yang lain untuk menarik minat pelanggan. Potongan Baju Melayu juga makin lama makin kecil mengikut potongan badan si pemakai, meskipun baju Melayu pada asalnya memang sedikit besar jika mengikut tradisi.
Pasti anda semua ingat lagi, rekaan Baju Melayu Sado, Baju Melayu WWE dan Baju Melayu Sleeveless yang pernah viral beberapa tahun lepas kerana dianggap merepek oleh rakyat Malaysia. Baru-baru ini pula, muncul rekaan terbaru yang diberi nama Qurta Saputra. Uniknya Baju Melayu tersebut, rekaannya seolah-olah baju menyusu yang mempunyai kain selak di bahagian dada. Uniknya! So kalau korang teringin nak famous pada Hari Raya tahun ni, bolehlah beli Baju Melayu Breastfeed ni. Untung-untung boleh masuk Motif Viral! - CARI |


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-2-2026 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.171161 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.