CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pengantin Power Rangers Tampil Beri Penjelasan Selepas Dikecam Netizen

18-4-2019 10:22 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 10029| Komen: 21|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Baru-baru ini, tular di media massa mengenai sepasang pengantin yang dikatakan melangsungkan perkahwinan mereka dalam kostum adi wira Power Rangers. 

Pengantin lelaki dengan pakaian Blue Rangers, manakala pengantin wanita pula sebagai Pink Rengers, siap dengan kelubung!



Kredit foto: Facebook

Susulan tularnya gambar tersebur, ramai netizen mengeji dan mencaci pasangan itu kerana dikatakan melupakan adat resam dan kebudayaan Melayu.

Selain itu, ada yang mengkritik pemilihan pakaian yang menutup wajah kerana ianya tidak menepati tujuan persandingan iaitu memperkenalkan rupa paras pasangan bagi mengelakkan fitnah di kemudian hari.


Kredit foto: Facebook

Kredit Foto: Facebook / Says.com

Susulan pelbagai komen berbaur negatif, pasangan yang disandingkan di UTC Datuk Keramat pada 13 April itu tampil memberikan penjelasan. 


Kredit foto: Facebook / Says.com

Menurut pasangan itu, mereka telah pun melangsungkan perkahwinan secara penuh beradat pada 3 Mac lepas termasuk majlis pernikahan dan majlis bertandang pada 30 Mac. 

Bagaimanapun, majlis di UTC pada 13 April itu adalah sebahagian daripada gimik penganjur Collectors' Toy Fair Kuala Lumpur (CTFKL5), 2019.


Kredit foto: Facebook

Kredit foto: Facebook

Kredit foto: Facebook

Mereka bersetuju diraikan penganjur kerana pasangan itu sendiri adalah peminat permainan cosplay dan mula berkenalan ketika mengunjungi CTFKL3 (2016) dan CTFKL4 (2018). 

Turut sama memberikan penerangan ialah Wan Kedah, penganjur pameran cosplay tersebut.


Kredit foto: Facebook

Pasangan itu berharap dengan penjelasan ini, netizen tidak lagi melemparkan cacian kepada mereka berdua dan menganggap gambar itu hanyalah sebagai satu hiburan. - CARI
4

Bagus
3

Marah

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missinpiece 18-4-2019 10:36 AM
Cam biase la netizen ni.. sume perlu menepati piawaian mereka
Quote kaklong32 18-4-2019 10:54 AM
biar la dorg janji x vogel
Quote Rainora 18-4-2019 11:28 AM
{:laugh{:shy yang ni lawak.
Quote paz 18-4-2019 11:33 AM
Biarlah majlis dia orang.

Netizen pun kepoh perangai.

Pnegantin ni tak yah lah sibuk-sibuk nak explain, tak penting pun dia orang tu dalam hidup anda.
Quote electricopop 18-4-2019 11:43 AM
Wow, sampai kene explain ye si pengantin, siannnn. Yang duk bising bising tu, bukan nya dorang kacau hidup korang pun. Geram lak dengan some netizen ni.
Quote Sang_Pencinta 18-4-2019 11:52 AM
Nasib baik pengantin yg berganti-ganti baju Korea, Hindu, Western, Arab, semua tak kena kecam
Quote mizruncing 18-4-2019 11:56 AM
macik pacik bawang ni nk kena explain btol2 kt telinga depa bru msg2 ada akai
Quote Artemesiaa 18-4-2019 01:08 PM
Kalau dah tahu nak perpakaian agak unik elok minta kawan2 jangan tularkan bukan tak tahu orang kat Malaysia ni ramai ada habit suka mengomen dan menghakimi orang lain
Quote None68 18-4-2019 01:31 PM
Suka dialah majlis dia bukan kacau kita, kot la dia berbogel tu bolehlah dibahan.
Quote zuuu 18-4-2019 02:41 PM
Ooh,both husband  n wife mmg geng cosplayer...untung la dpt psangan sama minat leh cosplay sama2...
Quote gummiebear 18-4-2019 02:50 PM
Bukannya nak mendoakan kebahagiaan orang tapi dikeji pulak *smh*

Selamat pengantin baru. Nanti boleh bawak baby pulak gi cosplay
Quote exclusive_vvip 18-4-2019 03:14 PM
alaahhh,yg forumer2 cari pun, sbb dah tgk pengantin ni explain n tunjuk gmba bersongket bagai, tu yg komen baik2 jer.....cer, kat atas tu cuma ada gmba pengantin pakai costume power rangers saja, mesti pakat kutuk jua...haha
Quote teen_angelJB 18-4-2019 03:22 PM
Burukkkkk..
Mmg patut dikecam wpun di paksa.pkai
Quote Rayna90 18-4-2019 03:32 PM
No need to bother lah. bukan guna duit netizen pun.

Your wedding, your money, your way
Quote pai.kacang 18-4-2019 03:46 PM
paz replied at 18-4-2019 11:33 AM
Biarlah majlis dia orang.

Netizen pun kepoh perangai.

takpe laa.. dia pun nak bersihkan juga nama dia n family. yangs alah dari awal netizen yang komen teruk2 tu
Quote Chairman 19-6-2019 03:15 PM
ni lah masalah terus2 nak kecam tanpa usul periksa...kan dh mendapat
Quote mohdcrow 19-6-2019 03:21 PM
Suka ati dorang la nak pakai apa
Suka ati netizen la nak kata apa

Fair enough?
Quote Foxey 19-6-2019 07:00 PM
Tu la netizen ni, suka buat assumption sendiri.
Quote mily 19-6-2019 07:36 PM
Tp xda ke costume yg lg menarik? Bju fit wpn linggar stll ikut shape pakai xsegan ke bg semua org tgk..especially dia perempuan bertudung

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.105131 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top