Sebuah Perodua Myvi hilang kawalan di Seremban telah merempuh sebuah kereta berprestasi tinggi model Nissan GT-R yang diparkir di tepi jalan. Harian Metro melaporkan, kejadian jam 11 malam itu berlaku ketika pemandu lelaki berusia 45 tahun dalam perjalanan dari Seremban 2 ke Emerald Park.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Rosli Ishak berkata, “Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta dipandu lelaki itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh tembok batu di kiri jalan.
“Rempuhan kuat menyebabkan kereta mangsa berpusing beberapa kali dan memasuki jalan bertentangan sebelum merempuh Nissan GT-R yang berada di parkir.” Kemalangan tersebut mengakibatkan Nissan GT-R rosak di bahagian belakang manakala pemandu Myvi cedera ringan. Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959. -CARI
|
moonbug replied at 18-4-2019 05:02 PM
Fuhhh berapa insurance bayar nanti tu
tri-max replied at 18-4-2019 05:13 PM
myvi... ngan sapa yg dia tak cari gaduh?
hatta basikal pon dirempuhnya
ADVERTISEMENT