CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tertelan Sudu Ketika Cuba Keluarkan Tulang Ikan

19-4-2019 12:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2360| Komen: 8

Seorang wanita di China terpaksa menjalani pembedahan selepas tertelan sebatang sudu besi sepanjang 13 sentimeter ketika cuba mengeluarkan tulang ikan dari kerongkongnya.



Wanita dikenali sebagai Lili itu mendakwa tidak berasa sakit dan mengalami sebarang rasa kurang selesa, lalu membiarkan keadaan berlarutan selama empat hari, lapor media tempatan seperti dipetik Daily Mail.

Hasil ujian sinar-X di Hospital Shenzhen Nanshan mendapati sudu itu berada di dalam usus kecilnya dan doktor mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan perkakas berkenaan menggunakan kaedah endoskop.



Menurut laporan Shenzhen Evening News, Lili enggan mendapatkan rawatan di hospital kerana tidak mahu terlepas Festival Qingming pada 5 April.


Dr Cheng Chunsheng berkata, sudu itu terlepas dari pegangannya ketika wanita berkenaan cuba mengeluarkan tulang ikan yang tersangkut di dalam kerongkongnya.

Tambahnya, objek berkenaan menyebabkan berlaku pembengkakan dan penghakisan dalam usus kecil mangsa.


Kredit foto: Daily Mail

Lili dibenarkan pulang selepas pembedahan itu. - CARI

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sfrnna 19-4-2019 02:15 PM
wow. macam mana boleh pass through  kerongkong? i sudu tersentuh anak tekak pun dah gag reflex.
Quote EvieWanKenobi 19-4-2019 02:18 PM
besau mana saluran esofagusnya?
Quote Artemesiaa 19-4-2019 02:46 PM
Dari masaalah kecil jadi masaalah besar akibat silap percaturan
Quote Otaku85 19-4-2019 03:39 PM
Awat tak telan nasi jah?
Quote matbad 19-4-2019 06:25 PM
Otaku85: Awat tak telan nasi jah?

Dorang mkn mee oiii
Quote dokupangg 19-4-2019 07:14 PM
Ko telan sudu pastu watlek watpis mcm takde pape berlaku? Wow.
Quote buapakperut 20-4-2019 08:22 AM
teringat citer just my luck. heroin tu bukan malang tapi bodoh tak pandai fikir. macam ni la, lebih kurang. dah tertekan sudu boleh lagi lambat2 gi sepital
Quote chinta89 21-4-2019 09:38 AM
enggan mendapatkan rawatan di hospital kerana tidak mahu terlepas Festival Qingming



omg sanggup tu

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.372995 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top