CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Artis Dan Bisnes Restoran: Sejauh Manakah Mampu Bertahan?

22-4-2019 11:30 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 36706| Komen: 252|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Tahniah kepada tukang masak terkenal negara, Chef Wan atas pembukaan restoran barunya di The Linc berdekatan Menara Tabung Haji, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Kredit foto: Carian Google

Restoran yang dinamakan De.Wan 1958 by Chef Wan itu menampilkan menu-menu khas masakan chef selebriti terkenal itu dan mula beroperasi pada pertengahan April ini.


Kredit Foto: Instagram / Carian Google


Persoalannya, sejauh manakah bisnes ini akan bertahan?



Kredit foto: Instagram

Umum mengetahui kepakaran Chef Wan atau nama sebenarnya, Datuk Redzuawan Ismail sebagai tukang masak sememangnya dikagumi ramai, bukan sahaja di negara ini malahan sampai ke seluruh dunia. 

Bagaimanapun, apabila berbicara mengenai dunia perniagaan, beliau selalu gagal.



Sebelum ini, restoran beliau, Chef Wan's Kitchen yang dibuka di Esplanade, Singapura terpaksa ditutup selepas kurang setahun beroperasi. Chef Wan dalam kenyataannya kepada media menyalahkan pihak tukang masak kerana tidak menyediakan makanan mengikut kehendaknya.


Kredit foto: Instagram


Kredit foto: Instagram

Kredit foto: Instagram

Kredit foto: Instagram

Benarkah demikian?

Menyelidiki ulasan-ulasan pelanggan restoran lama Chef Wan di Trip Advisor, kita akan membaca bahawa kelemahan restoran itu termasuklah;

1. Layanan Yang Tidak Memuaskan: Terlalu lama menunggu walaupun pelanggan sedikit. Pekerja melayan dengan muka masam. Minta air pun perlu menunggu lama dan perlu diulang beberapa kali.

2. Tidak Profesional Berniaga: Menu hanyalah hiasan, 80 peratus daripada senarai makanan sebenarnya tidak ada dijual atau sudah habis. Menu tidak lengkap.

3. Makanan Tidak Sedap: Indah khabar dari rupa. Walaupun pemiliknya terkenal di seluruh dunia, malangnya rasa tidaklah setanding apa yang diwar-warkan. Nasi yang disajikan pun sudah sejuk.

4. Terlalu Mahal: Mungkin terlalu ingin mendapat keuntungan dengan cepat.


Kredit foto: TripAdvisor
Kredit foto: TripAdvisor
Kredit foto: TripAdvisor
Kredit foto: TripAdvisor

Sebelum ini, antara restoran selebriti yang terpaksa ditutup termasuklah Restoran Tudung Periuk (Ning Baizura), Comedy Planet  (Afdlin Shauki), Restoran Cheng Ho (Amy Search) dan Asam Pedas Hirup (Ajai).

Sehingga kini, antara restoran artis yang kekal bertahan pula antaranya Restoran Haslam milik pengarah Yusof Haslam di Jalan Pahang, KL yang telah beroperasi sejak 1984 lagi, My Mom's Chicken Rice (Linda Onn) dan SukaSucre Bistro milik Datuk Fazley Yaakob

Resepi kejayaannya? Tidak perlu menu gah, yang penting perkhidmatan professional dan harga berpatutan.

Entah apa khabar restoran Stalkers Cafe(Fattah Amin), Love Me Seven Days (ELfira Loy), Rumah Kueh (Rita Rudani), Kidz & Creme (Aaron Aziz), kOpi & xOxO (Nora Danish), BurgerByte (Zizan Razak), Thymes Cafe(Hafiz Suip), Adira Signature Cafe (Adira), Born & Bread's  (Diana Danielle) dan Embun Urai (Mila Jirin)? 

Tahniah kepada para artis ini yang berani mencuba membuka perniagaan dan tidak bergantung semata-mata kepada pendapatan aktiviti seni yang tidak kekal lama. Semoga kegagalan lalu dijadikan pengajaran dan tidak berulang lagi terutama kepada Chef Wan.

Bagaimanapun, persoalannya adalah kalau Chef Wan yang punya nama gah di seluruh dunia, kepakaran memasak, dan kelulusan diploma perakaunan turut menghadapai masalah dalam perniagaannya, bagaimana pula dengan artis lain? 

Mungkinkah ada kelemahan yang pelanggan seperti anda boleh kongsikan? Sedap dan berbaloi ke makan di restoran mereka? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote weezerfan 22-4-2019 11:31 AM
Nk try gak.. Sedap ke idok. Nnti boleh kecam dlm ig kalau x sedap
Quote Sang_Pencinta 22-4-2019 11:35 AM
Not for the health conscious lah

Masakan Chef Wan selalu banyak minyak dan santan (or local food in general kot)
Quote harkktuih 22-4-2019 11:38 AM
too soon to judge la..normally kedai yg baru bukak ni awal2 je kualiti terbaik..nnt lama2 bila tukang masak keep in out tukar org, kualiti pun makin ke laut..

kebykan artis yg bukak kedai makan mostly hanya guna populariti nama je utk tarik fan dtg..
Quote harkktuih 22-4-2019 11:40 AM
tp mcm restaurant CW ni x sure la boleh survive x kali ni.. tgk harga pun bkn calang2.. btw sape penah try buka puasa kat MO under CW dlu? sedap ke tidak?
Quote kucingitam 22-4-2019 11:44 AM
kalau nak bertahan. owner tu sendiri kena turun dapur dan jaga tempat tu..at least dah dpt pengurus yang betul2 blh dipercayai baru serah, owner blh cuti2 makan angin kat bali..
Quote kucingitam 22-4-2019 11:44 AM
weezerfan replied at 22-4-2019 11:31 AM
Nk try gak.. Sedap ke idok. Nnti boleh kecam dlm ig kalau x sedap

ahahah..kau kecam, berjela2 lah balasan dia nanti..siap la kaw..

Quote Sang_Pencinta 22-4-2019 11:45 AM
kadang2 diorang pinjamkan nama je kpd shareholder, sebab tu jarang turun

kecuali yg betul2 niaga mcm Linda Onn dan Datuk Fazley kot
Quote Sang_Pencinta 22-4-2019 11:47 AM
harkktuih replied at 22-4-2019 11:40 AM
tp mcm restaurant CW ni x sure la boleh survive x kali ni.. tgk harga pun bkn calang2.. btw sape pen ...

I tak pegi

Tapi member yg buka puasa sana bilang memang sedap

Tapi musim puasa memang Chef Wan turun tangan pun
Quote Thanatus 22-4-2019 11:49 AM
Kak Rubiah Suparman mampu bertahan sampai sekarang... Restaurant Puteri dia kat depan Nu Sentral tuu sampai sekarang ada lagi.dulu dia menjual kat kantin UM, tak tahu lah ada lagi ke idok... pelbagai jugak lauk pauk dia.

Restoran Kathy Ibrahim (Khadijah's Kitchen) kat PJ tu ada lagi tak?



Quote Sang_Pencinta 22-4-2019 11:55 AM
Thanatus replied at 22-4-2019 11:49 AM
Kak Rubiah Suparman mampu bertahan sampai sekarang... Restaurant Puteri dia kat depan Nu Sentral tuu ...

Ada lagi, tapi orang kata mahal sikit lah Kak Kathy punya restoran tu

Yg bestnya, dia selalu ada di kedai makannya
Quote kakakau 22-4-2019 12:38 PM
tbh i pernah makan berbuka set kat magnum cafe which declared chef wan yg prepare the foods. surprisingly makanan tak sedap and tasteless. kesian my bf spend alot for the course. tapi nasib last sekali dia serve special edition magnum ice cream sejuk sikit hati.
Quote RatuDunia94 22-4-2019 12:54 PM
Ramai je tukang masak yg hebat bila buka bisnes F&B failed sbb x pandai manage or just amik tau pasal modal jah.. tau2 untung masuk bank tiap bulan.. mcm sheila rusly yg hebat memasak siap ada buku n program masakan paling panas sepanjang ramadan ketuk-ketuk???? Ramadannnnnnnn... Alhamdulillah.. Apa habaq orang Manjung???  Baik naa.. kome rase siapa pula artis yang akan sis terjah hari ni? Yang pasti namanya sepanas rancangan Ketuk-ketuk ramadan.. Kalau nak tau jangan ke mana-mana.. teruskan bersama sis selepas ini...Ketuk2??? Ramadan... Alaa lembutnya.. Mana sora oghaang2 teman? Ketuk-ketuk??? RAMADANNNNNNNNN! Ahamdulillah... kembali selepas ini.... pon bungkus kedainya...
Quote Sang_Pencinta 22-4-2019 12:58 PM
RatuDunia94 replied at 22-4-2019 12:54 PM
Ramai je tukang masak yg hebat bila buka bisnes F&B failed sbb x pandai manage or just amik tau pasa ...

Amboi panjangnya mukaddimah ketuk2 Shiela Rusli saudari
Quote mohdcrow 22-4-2019 01:11 PM
Chef wan sendiri yg masak ke?...
Restoran2 artis lain tu artis tu sendiri yg masak ke?
Kalau tak apa beza ngan restoran lain
Quote de_ikea 22-4-2019 01:17 PM
RatuDunia94 replied at 22-4-2019 12:54 PM
Ramai je tukang masak yg hebat bila buka bisnes F&B failed sbb x pandai manage or just amik tau pasa ...

Hahaha hebat sis. Iols terus terbayang sis seluar singkat dgn sneakers putih gucci
Quote fushimi 22-4-2019 01:20 PM
RatuDunia94 replied at 22-4-2019 12:54 PM
Ramai je tukang masak yg hebat bila buka bisnes F&B failed sbb x pandai manage or just amik tau pasa ...

cehhhhhhhhhhhhhhh punya panjang bunga bunga sekali nak kasi tau kedai tutup

mak aku cakap sis ketuk ketuk pernah ada resto dulu ngan rakan kongsi pastu bungkus
Quote Jajabeans 22-4-2019 01:23 PM
harkktuih replied at 22-4-2019 11:40 AM
tp mcm restaurant CW ni x sure la boleh survive x kali ni.. tgk harga pun bkn calang2.. btw sape pen ...

Sedap chuolss.. Aku baca kt thread mana tah ramai forumer yg dh try n puas hati menu2 bufet ramdhan chefwan kt MO. Mahal tpi berbaloi2. Yg kedai de'wan ni nampak gah sgt interior design. Harap2 DCW monitor la tukang masak utk jaga kualiti.
Quote Sang_Pencinta 22-4-2019 01:29 PM
mohdcrow replied at 22-4-2019 01:11 PM
Chef wan sendiri yg masak ke?...
Restoran2 artis lain tu artis tu sendiri yg masak ke?
Kalau tak a ...

Chef Wan dan Dato Fazley masak sendiri lah
Quote aderaderker 22-4-2019 01:32 PM
fushimi replied at 22-4-2019 01:20 PM
cehhhhhhhhhhhhhhh punya panjang bunga bunga sekali nak kasi tau kedai tutup

mak aku cakap sis k ...

Nasi dagang house tak silap..

Lihat semua komen(252)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.041863 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top