Sebut pasal muzik, pasti ramai yang terfikir akan genre yang popular seperti pop, rock tapi tahukah anda terdapat banyak genre yang samar di luar sana? Malah sesetengah genre ini dilihat sebagai pelik atau melampau, tapi yang menariknya ia mempunyai pendengar-pendengar tersendiri. 1. Kawaii Metal
Bolehkah benda-benda comel digabungkan dengan heavy metal? Juga dikenali sebagai cute metal, idol metal atau kawaii core, genre kawaii metal dipelopori di Jepun pada awal zaman 2010 (kawaii bermaksud comel dalam bahasa Jepun). Genre ini ialah gabungan muzik heavy metal dan J-Pop. Memetik Felix Clay dari Cracked.com, "Genre ini memiliki lirik yang kurang agresif dan mengenai topik muzik pop seperti anak kucing, coklat dan keseronokan." Kumpulan idol Jepun, Babymetal dianggap sebagai pencipta genre kawaii metal. 2. Crunkcore
Crunkcore juga dikenali sebagai crunk punk, scream crunk dan scrunk. Genre ini ialah genre gabungan
yang bercirikan kombinasi elemen-elemen daripada genre crunk, screamo, pop, electronic dan dance. Crunkcore sering
memiliki vokal menjerit-jeit, rentak hip-hop dan "lirik yang provokatif." Crunkcore lahir pada awal pertengahan era 2000-an. Pengemar muzik ini biasanya remaja-remaja emo, goth dan scene. Antara artis yang sinonim dengan genre ini ialah brokenNCYDE dan 3OH!3. 3. Danger music
Merupakan bentuk eksperimental muzik klasikal avant-garde abad ke 20 dan 21, danger music ialah berdasarkan konsep di mana sesetengah muzik boleh mencederakan pendengar atau pemuzik itu. Genre ini kadangkala dirujuk sebagai anti-muzik kerana ia seolah-olah berlawanan dengan konsep muzik. Oleh kerana persembahan hampir sentiasa dibatalkan sebelum ia dipersembahkan, genre ini juga boleh dianggap lebih sebagai penyataan politik atau falsafah berbanding dengan komposisi muzik. Sebagai contoh, sesebuah lagu boleh digubah dimana kekuatan bunyi meningkat secara berterusan dan menyebabkan penonton berasa takut mereka akan terberak dalam seluar mereka, walaupun ia mungkin tidaklah sampai begitu sekali. Hm, anda kena dengar sendiri. 4. Lowercase
Muzik sering dikaitkan dengan bunyi-bunyian yang dapat didengari. Tapi bagaimuna pula dengan bunyi-bunyian yang sangat perlahan? Menurut artis minimal Steve Roden, lowercase ialah sejenis bentuk ambient minimalism yang ekstrem di mana bunyi yang sangat perlahan dan selalunya tidak terdengar, dikuatkan ke tahap yang melampau. "Lowercase memiliki perasaan tenang dan kerendahan diri yang tertentu; ia tidak meminta perhatian, ia harus ditemui ia berbeza dengan capital letters ‒ benda-benda yang menonjol yang membawa perhatian terhadap dirinya sendiri," kata Steve Roden. 5. Black MIDI
Jika anda sukakan grafik yang gila dengan berjuta-juta not dalam masa yang singkat, genre ini mungkin untuk anda. Namun bagi mereka yang cenderung mengalami sawan, dinasihatkan agar hanya mendengarnya tanpa menonton video black MIDI. Black MIDI memiliki bilangan not yang boleh mencecah sehingga berjuta-juta yang dimuatkan ke dalam satu lagu. Ia hanya boleh direka dan dimainkan melalui MIDI (Musical Instrument Digital Interface). Seorang youtuber Jepun bernama kakakakaito1998 memuatnaik video black MIDI yang pertama ke YouTube pada Februari 2011 dan video itu telah mendapat perhatian. Sejak itu ramai blacker (gelaran artis black MIDI) menggubah dan memuatnaik video mereka ke YouTube. -CARI |
Sang_Pencinta replied at 22-4-2019 01:00 PM
Thanks, very informative
Supersirap replied at 22-4-2019 02:06 PM
ilmu yang baharu
ais_kosong replied at 22-4-2019 02:36 PM
macam suka pulak babymetal tu..
hat lain haukkknya..
Gingerly replied at 23-4-2019 09:15 AM
Ambient minimalism sgt tenang didengar. Slalu pakai utk meditation. Try dgr ambient minimalism music ...
MadameOnion replied at 22-4-2019 04:35 PM
baby metal tu mmg dah ada pengikut kat malaysia ni..last year ada beberapa band kawaii metal buat gi ...
DeeHanania replied at 22-4-2019 06:55 PM
Kawaii Metal
No 4 buat stress lak
Artemesiaa replied at 22-4-2019 03:02 PM
Menarik infonya
noraidil_06 replied at 22-4-2019 02:22 PM
No.4 tu stress
MadameOnion replied at 22-4-2019 04:35 PM
baby metal tu mmg dah ada pengikut kat malaysia ni..last year ada beberapa band kawaii metal buat gi ...
ADVERTISEMENT