Setiap pengantin pasti mahu mengelak daripada 'mimpi ngeri' ditenggelami kecantikan tetamunya. Boleh diselubungi kemuraman kalau orang lain yang lebih menjadi perhatian ramai di hari bahagia sendiri.
Mungkin disebabkan itulah bakal pengantin ini mengenakan beberapa syarat pelik kepada tetamu yang bakal hadir ke majlis perkahwinannya. Malangnya, tindakannya itu dikecam netizen kerana disifatkan mengarut dan berlebih-lebihan. Mana tidaknya, wanita itu menuntut tetamu wanita yang berambut panjang untuk memotong rambut mereka selain meminta hadiah perkahwinan bernilai ASD300 (RM1,240)! Bukan sahaja netizen, malah adik perempuannya sendiri tidak mahu hadir ke majlis berkenaan. Lapor The Sun, wanita itu berkongsi syarat terbabit di sebuah laman Facebook dan mendakwa dia tawar hati untuk menghadiri majlis perkhawinan tersebut kerana sikap mengarut ditunjukkan kakaknya itu.
"Kakak saya akan berkahwin kurang tiga minggu dari sekarang. "Saya tidak terlibat dalam segala urusan perancangan majlis kerana sibuk dengan urusan sendiri. Namun, berdasarkan apa yang ibu cerita, say arasa ianya satu mimpi ngeri!" katanya yang mendedahkan kakanya hilang kawalan dan menangis apabila tunangnya membeli napkin yang tidak menepati cita rasanya. Wanita itu dikatakan menghantar jemputan kepada tetamu menerusi emel berserta ???keperluan kehadiran???. Syarat kehadiran tetamu: 1. Tetamu tidak dibenarkan bercakap dengan pengantin lelaki atau wanita bersendirian. 2. Tidak dibenarkan mengambil gambar di sekitar majlis kecuali jurugambar. 3. Muka bebas dari sebarang bulu 9janggut, misai, jambang, kumis dan dari seumpanya) jika mahu bergambar dengan pengantin. 4. Semua tetamu wanita yang berambut paras bahu atau lebih wajib potong rambut atau diikat menjadi ekor kuda. 5. Hadiah perkahwinan bernilai ASD300 atau lebih atau wang tunai ASD250 (RM1,033) atau anda tidak akan dibenarkan menyertai majlis. 6. Sesiapa yang enggan menurut syarat berikut akan dihalau dari majlis! Kalau anda menerima jemputan daripada kenalan rapat seperti ini, apa yang akan anda buat? - CARI
|
armin replied at 24-4-2019 01:11 AM
Menjadi jgk taktiknya tak nak ramai org dtg.jimat
seri_mawr replied at 6-5-2019 09:26 AM
silap2 xde org terus...tinggal dia n pengantin lelaki jek...
ADVERTISEMENT