CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Neelofa Dan Janna Nick Dikecam Bukan Duta Yang Baik, Tapi Siti Nurhaliza Dipuji

22-4-2019 10:55 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 22489| Komen: 72|Original author: Oleh: Azza






Dek kerana tularnya video anggota kumpulan Blackpink yang tidak mahu memegang telefon bimbit iPhone kerana menjadi duta Samsung di sebuah konsert, peminat mula mempersoalkan kesetiaan artis Malaysia sebagai duta. Antara yang disebut-sebut ialah Neelofa dan Janna Nick, masing-masing dikenali sebagai duta telefon bimbit jenama Oppo dan Vivo.

Ini kerana kedua-duanya dikatakan sentiasa menggunakan jenama iPhone untuk mengemaskini status di media sosial. Timbul persoalan mengapa mereka tidak setia kepada jenama produk tersebut? Adakah kerana tidak tercatit dalam kontrak atau pun mereka memang tiada integriti?



Kredit foto: Twitter

Menurut netizen, ia sangat berbeza dengan kredibiliti artis Korea yang sangat menggalas tanggung jawab sebagai duta hingga langsung tidak menyentuh jenama pesaing dalam apa jua penampilan mereka. Antara yang hangat diperkatakan ialah aksi kumpulan Blackpink yang menolak ketika para peminatnya menghulurkan telefon supaya merakamkan aksi mereka.



Selain itu, netizen turut membandingkan dengan program realiti Running Man serta aksi artis Korea lain yang bertungkus lumus menyembunyikan jenama yang tidak berkaitan kerana tidak mahu memberi promosi percuma. Berbeza sangat dengan artis tempatan yang mudah menunjukkan apa jua jenama.

Kredit foto: Twitter

Justeru itu, ramai yang mengecam Neelofa dan Janna Nick kerana sikap 'berpaling tadah' itu.


Dalam masa sama, ada netizen yang memuji penampilan Dato Siti Nurhaliza yang sentiasa mengemaskini media sosial menggunakan telefon jenama Vivo yang dia juga sebagai duta.

Kredit foto: IG

Bagaimanapun, ada juga netizen yang menjelaskan ianya bergantung pada kontrak yang mereka tandatangani. Mungkin duta tetapi tidak secara menyeluruh hingga ke media sosial dan sebagainya. Tidak mungkin jenama telefon antarabangsa sengaja memejam mata dikala duta mereka menggunakan jenama pesaing dalam apa jua acara.


Jadi, apa pendapat anda? Mungkin ada kontrak yang kita tidak tahu tentang artis sebagai duta? - CARI 
2

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote qusairy 22-4-2019 11:03 AM
hahaha ni sama mcm kes dik qie qie jadi duta samsung tpi promote kt twiter gna iphone.
Quote putehkundor 22-4-2019 11:05 AM
duta neffos pulak?
Quote ___ 22-4-2019 11:07 AM
Fattah Amin pun sama. Duta Oppo tapi tweet guna iPhone.

Benda-benda macam ini mungkin tak salah. Tapi nampak sangat tak professional. Sekurang-kurangnya tunjuk lah sikit kau berbangga dengan jenama yang kau promote. Company tu bayar ratus ribu untuk kau promote product/brand dia, tapi guna product competitor pulak.

Quote mixed 22-4-2019 11:40 AM

tu kapel suci x bole di sentuh so halal kan sajork
Quote akudracula 22-4-2019 12:01 PM
cuba pengeluar saman dia org sekejap..tengok ade kesan tak?
Quote ahnjaehyun 22-4-2019 12:02 PM
gigil2 acik2 kepam  nak mai mengecam kat thread ni kahkahkah
Quote RatuDunia94 22-4-2019 12:05 PM
Ala sama lah dgn duta Deja Kosmetik ke.. Aura White ke or Sendayu Tinggi.. cer g umah dorang tgok produk apa deols guna.. i bet produk2 yg deols jd duta tu x bersentuh pon.. itu pon untung kalau ada sebaris toiletries..
Quote ahnjaehyun 22-4-2019 12:05 PM
meh la acik2 kepam pakat2 kita kecam mengecam bershamee shamee
Quote sleepandream 22-4-2019 12:26 PM
tapi iols perasan tokti pakai iphone jua... hp utama sheols masih iphone
masa program cuti2 melancong pergi dubai tu sheols bawak 2 phone...
ada part masa sheols nak entertain duta malaysia kat sana, juruaudio ke sape ntah takde and sheols terpaksa ambik lagu dalam iphone sheols..
lagu2 minus one sheols simpan dalam iphone sheols
Quote de_ikea 22-4-2019 01:27 PM
Cmna hajjah nk promote oppo. Samsung pun di ewwww kan adiknya. Apa tah lagi oppo
Quote didinfriends 22-4-2019 01:50 PM
Ummah twitter ada je dorang nak complain. X paham aku dengan hidup dorang. Company yang endorse pun tak kata apa, dia pulak yang sibuk.
Quote ira_229 22-4-2019 02:08 PM
teringat adik si lopak bukan main geli dengan smartphone last2 jadi duta...
Quote solarlunar 22-4-2019 02:15 PM
Korean mmg sensitif bab endorsement nie.

Kalu derang minum air mineral pun pembalut pun koyak. Kalu baju tshirt ade brand depa akan letak tape.

Quote aderaderker 22-4-2019 02:15 PM
Apa kaitan ngan Running Man, tu memang kebanyakan tv show punya rules yg takkan tunjuk logo kecuali kalau di taja.

And dalam kontrak mmg tak cakap, yg spokeperson x boleh dilihat di khalayak, menggunakan produk/brand competitor.

Dah sah2 la ramai selebriti ni cari makan jah,  termasuk la jual produk timbang kilo tapi pakai skincare brand international.
Ko hengat dia hadap ngan produk sendir
Quote haruslah 22-4-2019 02:18 PM
alaaa husnuzon diorg ade 2 3 4 HP
utk personal lain
utk socmed lain
hahahahah gittew

lg pon mungkin dlm kontrak pon xde kata ape2 kot
x kisah pakai ape pon

mcm produk2 timbang kilo ni laaa
artis jd model/ambsdr dll
tp i bet diorg x pakai pon
Quote puteribaya 22-4-2019 02:25 PM
emm penah baca kat mana..P Ramlee lucky strike taja..(kalu x silap) sampai sudah isap rokok tu
Quote MatDeghem 22-4-2019 02:35 PM
mixed replied at 22-4-2019 11:40 AM
tu kapel suci x bole di sentuh so halal kan sajork

Marah nampak.... Hahaha
Quote apedehal 22-4-2019 02:43 PM
ahnjaehyun replied at 22-4-2019 12:02 PM
gigil2 acik2 kepam  nak mai mengecam kat thread ni kahkahkah

ko ni giler eh..aku tgk baru 3 org yg bg komen..tu pun bkn tahap kecaman lg..ko yg gigil2 masuk komen mnx perhatian haters...lols..bawak2 la pegi berurut sakit bdn nari smlm ken.kakaka
Quote soniackyy 22-4-2019 04:15 PM
Contract diorang tak sama, peraturan lain lain.Next?

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.052866 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top