CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Adele Umum Penceraian Dengan Suami Selepas 7 Tahun Perkahwinan

22-4-2019 01:11 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 5197| Komen: 12|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Penyanyi terkenal Adele dan suaminya Simon Konecki mengumumkan perpisahan mereka setelah 7 tahun bersama, kata wakil daripada artis itu memberitahu Associated Press.

Kredit foto: Carian Google
"Adele dan pasangannya telah berpisah dan dalam proses bercerai," kata pegawai PR Adele, Benny Tarantini dan Carl Fysh. "Mereka komited untuk membesarkan anak lelaki mereka bersama dan memohon pihak media supaya menghormati privasi mereka," tambah mereka lagi.


Adele yang mengecapi banyak kejayaan termasuk jualan jutaan unit untuk album studionya 21 sangat merahsiakan hubungan perkahwinannya dan jarang membicarakannya di media. Mereka telah berhubungan lama tetapi hanya dihidu media selepas Adele mengucakpan terima kasih kepada suaminya itu ketika menerima anugerah Grammy pada tahun 2017. Mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Angelo yang dilahirkan pada tahun 2012.



Kredit foto: Carian Google
Penyanyi itu memberitahu majalah TIME bahawa beliau mahu melindungi keluarga daripada popularitinya dan hidup senormal mungkin. Konecki ialah pengasas syarikat air minuman, Life Water dan CEO kepada drop4drop, sebuah organisasi kebajikan.

Kredit foto: Carian Google
Pengumuman itu disambut berbelah bagi oleh peminat penyanyi tersebut. Ada yang merasa bersedih tetapi ada yang meramalkan bahawa album Adele yang akan datang pastinya akan meletup dan lebih meruntun perasaan.

Ini kerana Adele sememangnya digelar ratu air mata, dan sebelumnya lagu Someone Like You sentiasa menjadi lagu tema pasangan putus cinta.



Walau bagaimanapun, pasangan ini patut menjadi contoh kerana boleh berdamai walaupun sudah berpisah demi anak mereka. Semoga Adele dan suaminya menemui kebahagian masing-masing. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 22-4-2019 01:36 PM
Sayangnya, so loving masa mula2 kawin dulu
Quote goss79 22-4-2019 03:53 PM
maksudnya akan ada another killer song soon. anyway husband dia mmg nampak agak busuk lah. semak sgt dgn jambang tu..
Quote dauswq 22-4-2019 04:11 PM
mesti lagu heartbreak & meletop 2 mcm lagu2 taylor swift, ariana grande
Quote buapakperut 22-4-2019 04:22 PM
bini kaya laki macam hobo..
Quote Artemesiaa 23-4-2019 12:44 PM
Mesti ramai yang ternanti-nantikan lagu baru darinya dan moga dia dapat pasangan yang lebih baik dimasa depan
Quote chinta89 23-4-2019 03:21 PM
semoga masing2 tabah
Quote nishikido 24-4-2019 04:12 AM
Hagard nye suami sheolls..lain naw banding dgn adele yg nampak wangi sngt walau sesama bam2...semoga tabah adele n bekas suami, gittew nasihat iolls.macam dorang baca lak khuen..
Quote sue_liah 24-4-2019 11:59 AM
adele dh kurus siit lawa putih gebu

rmai je jantan nk tackle  nanti
Quote kakakau 29-4-2019 02:52 PM
waiting for her new spicy hits
Quote missflamingo 2-5-2019 12:56 AM
Lols. I pun terus terfikir mesti next album adele meletops
Quote amikie 6-5-2019 04:16 PM
Adele ni lawa,chubby tp lawa...
Quote kualibesi 13-8-2019 10:54 AM
hermm, syg nye.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.047760 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top