Nak tetak ibu guna sabit hanya disebabkan ayam yang digoreng masih mentah. Tindakan penganggur dari Kelantan itu dibalas dengan hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret.
Sinar Harian melaporkan, Perlakuan Mohd Helmi Mohamed, 33 pada mulanya dikenakan denda sebanyak RM6000 namun gagal melunaskannya. Tertuduh didakwa mengugut mahu menetak ibunya, Asiah Yusoff, 59, dengan sabit di sebuah rumah di Kampung Cherang di sini pada jam 5 petang, 14 April 2019. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Difahamkan tertuduh baru sahja bangun dari tidur dan mengamuk selepas mendapati ayamnya masih mentah.
Dia kemudiannya membuang ayam tersebut selain memaki hamun dan mengugut mahu menetak ibunya dengan sabit. -CARI
|
noor2 replied at 22-4-2019 08:32 AM
X paham betul knp mereka mudah derhaka pada ibu bapa. ..mesti bukan sekarang ni kejadian macam ni.. ...
ADVERTISEMENT