Derita bayi lapan bulan, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidap kanser Germ Cell Tumor turut mendapat perhatian Dr Nur Amalina Che Bakri yang bersedia membantu. Harian Metro melaporkan, ibu bayi itu, Nurul Erwani Zaidi, 24, dihubungi Dr Amalina menerusi aplikasi WhatsApp berhubung hal terbabit. Difahamkan, Dr Amalina pada awalnya menghubungi Nurul Erwani menerusi Instagram sebelum bertukar nombor telefon. Menurut wanita itu, Dr Amalina meminta laporan perubatan anaknya dan akan membawa isu itu kepada doktor di United Kingdom (UK) termasuk pakar dalam bidang masing-masing. Bagaimanapun, dia dimaklumkan Dr Amalina hanya dapat mengemukakannya kepada doktor pada minggu ini memandangkan UK sedang cuti umum dua hari. "Dia akan terus menghubungi saya selepas bermesyuarat dengan doktor lain,” katanya.
Sebelum ini, Dr Amalina memuat naik status berhubung penyakit dialami Ainul Mardhiah. - CARI
|
faint_heart replied at 22-4-2019 03:01 PM
Why dr local sini cannot help immediately?
top5complete replied at 22-4-2019 02:20 PM
baiknya hati dr amalina
nuralisa replied at 22-4-2019 02:55 PM
aku x sampai hati tgk dia menghisap2 ketumbuhan dia tu ...
rasa macam kesian sgt...
ADVERTISEMENT