Baru-baru ini, semakin banyak insiden membabitkan pelancong dari negara China di negara kita. Terkini, dua insiden tular membabitkan pelancong dari negara itu 'melepas hajat' di tepi pantai dan di sebuah kompleks membeli belah.
Sememangnya insiden ini membuktikan tidak adanya sensitiviti daripada rakyat negara itu apabila berkunjung ke luar negara. Walaupun terdapat banyak gesaan dari pelbagai pihak betapa perlunya kerajaan menghantar notis khas ke kedutaan negara tersebut, tetapi yang nyata sehingga kini masih lagi berlaku. Terbaru, seorang netizen berkongsi gambar pelancong dari negara itu mengenakan fesyen bertudung. Mungkin tertarik dengan fesyen yang dikenakan wanita Islam di negara kita selepas bercuti, tiga pelancong wanita dari China dikatakan telah membeli tudung untuk mencubanya sendiri.
Bagaimanapun, dalam insiden yang dikatakan berlaku di sebuah lapangan terbang dalam negara, pelancong terbabit dilihat mengenakan tudung dengan lengkap tetapi malangnya mereka mengenakan skirt dan seluar pendek yang terdedah mengakibatkan pemakaian fesyen tersebut kelihatan janggal. Beberapa netizen yang melihat gambar tersebut mempersoalkan niat pelancong itu. Ada yang mengatakan mungkin mereka meniru daripada pemakaian segolongan kecil umat Islam yang terdedah walaupun bertudung. Ada pula yang menyalahkan pihak peniaga yang tidak memaklumkan cara pemakaian tudung yang betul. Walau bagaimanapun, sebilangan lagi menyalahkan pelancong itu kerana tidak sensitif dan cuba mendapat informasi lengkap sebelum membeli tudung. Mungkin mereka tidak ada niat untuk mempersendakan agama, tetapi yang nyata mereka masih kurang sensitiviti terhadap budaya dan agama sesebuah negara yang mereka kunjungi. - CARI
|
Miss.Rara replied at 23-4-2019 04:58 PM
depa negara china sendiri pun ramai org islam la..
takkan depa tak pernah nampak org china negara ...
ADVERTISEMENT