CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anda Sudah 'DiMeghan Markle'! Eh, Apa Maksudnya Tu?

23-4-2019 09:42 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 4096| Komen: 7|Original author: Oleh: LilRose

Pasti teruja jika nama anda dimasukkan ke dalam kamus. Namun, bagaimana pula jika ia membawa konotasi negatif? Pasti tidak menyenangkan dan memalukan!


Kredit foto: New York Post


'You've been Meghan Markled'!

Sebuah kamus slanga dalam talian terkenal Urban Dictionary menyenaraikan nama Meghan Markle sebagai satu kata kerja yang membawa maksud ‘membuang atau memutuskan perhubungan dengan sesiapa saja sebaik mereka sudah tidak bermanfaat kepada seseorang'.


Kredit foto: Urban Dictionary

Nampak macam kejam saja maksudnya kan? Tetapi, tidak dinafikan isteri kepada Putera Harry itu dilihat seperti Si Tanggang apabila sehingga kini beliau dilaporkan masih tidak berhubung dengan bapanya sendiri, Thomas Markle, 74.


Meghan juga sering disebut-disebut dalam media telah melupakan beberapa kawan baiknya serta ahli keluarga lain terutama sebelah bapanya sejak bertemu Harry.

Menurut Daily Mail, kawan sejak kecilnya, Ninaki Priddy juga menerima nasib sama walaupun mereka sebelum ini begitu rapat seperti adik-beradik!


Kredit foto: Daily Mail

Seorang lagi kawannya, Millie Mackintosh dikatakan sepatutnya menjadi pengapit Meghan pada majlis perkahwinannya dengan Harry, namun usahkan menjadi pengapit, dijemput ke majlis itu pun tidak!


Kredit foto: Daily Mail

Bagaimanapun, peminat dan penyokong tegar Meghan menegaskan walaupun Urban Dictionary popular di seluruh dunia, ia tidak mempunyai status rasmi dan mudah dimanipulasi dan dijadikan troll.


Kredit foto: Daily Mail 

Namun, jika dilihat maksud yang dicipta Haley71 pada Disember 14, 2018 itu, sehingga kini ia mendapat lebih banyak like berbanding dislike daripada pengguna.

Eh, rasa macam lama sangat Meghan sarat hamil. Dah bersalin ke belum tu?

Sepatutnya boleh berbangga apabila nama dipetik dalam kamus walaupun hanya Urban Dictionary, tapi buruk sangat maksud yang diberi untuk nama bakal ibu itu. - CARI
2

Bagus
3

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ferr_Remy 23-4-2019 10:06 AM
Kelakor. Tp mmg smua artis pun ade dlm Urban Dictionary tu.
Quote MadameOnion 23-4-2019 12:17 PM
hahaha meghan si anak durhaka
Quote Artemesiaa 23-4-2019 12:23 PM
Dah macam tu perangainya expected lah akan tersenarai dalam Urban Dictionary juga
Quote BedahBedul 24-4-2019 10:14 AM
Ewww panau ke tu kt blkg bdn sheols? {:laugh
Quote dreamdaddy 24-4-2019 03:20 PM
gambar yg dia jelir lidah tu mengingatkan iols pada sohai kepam
Quote arm_band 24-4-2019 04:52 PM
hahaha pandai tt susun gambar. sesuai sangat gambar last tu
Quote whadda 24-4-2019 05:40 PM
senangnye masuk urban dictionary

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.141008 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top