Kecewa anak kelimanya adalah perempuan, seorang suami sanggup mencekik isterinya sampai mati. Makkal Osai melaporkan, pasangan dari Punjab itu sebelum ini sudah dikurniakan empat orang anak perempuan berusia 14, 12, 10 dan 8 tahun.
Disebabkan itu, Rakesh Kumar, 40 sangat berharap anak kelima yang dilahirkan empat bulan lepas adalah anak lelaki. Selasa lepas mereka bertengkar sebelum dia mencekik isterinya sampai mati sebelum bertindak keluar dari rumah. Anak-anak mangsa yang menangis didedari oleh jiran yang kemudiannya segera menghubungi polis. Suspek juga cuba membunuh diri dengan mengelar leher namun gagal dan berjaya diselamatkan. -CARI
|
lee_sakura replied at 23-4-2019 12:06 PM
dh agak mesti bangsa india ni...bangsa ni kan mmg anggap anak perempuan beban berbanding anak lelaki ...
ADVERTISEMENT