Sudahlah pengsan, dalam ambulans kena cabul pula dengan pembantu perubatan. Mangsa yang merupakan seorang pekerja kafe ketika itu dalam perjalanan bagi mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.
Harian Metro menyatakan laporan polis dibuat oleh majikannya mengenai mangsa yang berusia 18 tahun itu. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, “Sebelum kejadian, mangsa dikatakan pengsan dan dibawa ke klinik berhampiran pada 7.30 malam. Wanita itu kemudian dibawa ke Hospital Selayang dengan menaiki ambulans untuk rawatan lanjut. “Sebaik tiba di hospital itu, majikan mangsa menemuinya dalam keadaan menangis sebelum memaklumkan dia dicabul oleh pembantu perubatan di dalam ambulans berkenaan." Difahamkan ketika berada di dalam ambulans itu, dia dalam keadaan sedar, namun lemah. “Mangsa memaklumkan dia dihampiri suspek yang bertindak mencabul kehormatan mangsa. Ketika ini, mangsa masih menerima rawatan di Hospital Selayang. “Ekoran laporan itu, kami menahan suspek berusia 22 tahun yang bekerja sebagai pembantu perubatan di pusat perubatan swasta, semalam." Suspek direman selama enam hari bermula semalam hingga 27 April nanti bagi membantu siasatan kes berkenaan. “Kes disiasat mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017." -CARI
|
shamsadis replied at 23-4-2019 12:46 PM
kena pasang camera dalam ambulan
zaziot replied at 23-4-2019 01:29 PM
allahu akbar..semoga ko dihukum xbole keje in medical unit lg...
ADVERTISEMENT