CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Betul - Betul Insaf.." Lan Pet-Pet Rancang Bawa Pak Ya Ke Umrah Setelah Berdamai

24-4-2019 11:21 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 3474| Komen: 16|Original author: Oleh: intan

Sumber foto : BH online

"Saya sedih dan betul-betul insaf.." begitulah pengakuan Mazlan Pet - Pet ataupun lebih dikenali sebagai Lan Pet - Pet akibat perbuatan beliau menyakiti seorang pengawal keselamatan warga emas di pondok keselamatan sebuah bangunan premis kediaman baru-baru ini. Mereka berdua akhirnya mengambil keputusan untuk berdamai dan mengambil sikap 'buang yang keruh ambil yang jernih' terhadap insiden tersebut.

Perbalahan sehingga membawa kepada kes polis dan mahkamah itu dikatakan berakhir apabila kedua-dua pihak mengambil keputusan untuk bertemu di sebuah premis, malam tadi. Pertemuan yang mengambil masa dua jam itu dihadiri rakan dan ahli keluarga kedua-dua pihak itu menyaksikan permohonan maaf dari Mazlan, 50, diterima dengan hati terbuka oleh Pakya, 68.



"Saya maafkan Lan, buang yang keruh, ambil yang jernih."

Menurut Pak Ya ataupun nama sebenar beliau Yahya kepada BH Online, dia memaafkan Mazlan bukan kerana wang dan populariti, tetapi melihatkan keinsafan Mazlan membuatkan hatinya terbuka untuk memaafkan. Katanya lagi, tambahan dengan bulan Ramadhan yang mulia bakal menjelang tiba ini, lebih baiklah memaafkan dari memanjangkan sengketa antara mereka. Yahya mengatakan dirinya bukanlah seorang yang pendendam, kerana segala kekhilafan yang berlaku dilupakan setelah pertemuan dua muka itu.

Reputasi dan Kerjaya Lan Pet - Pet terjejas gara-gara insiden itu


Menurut Pak Ya lagi, dia sebenarnya simpati dengan Lan apabila melihatkan kerjaya dan reputasi beliau yang terjejas teruk akibat insiden itu. Asalkan beliau insaf, itu sudah memadai dan langkah seterusnya akan dilakukan adalah untuk menarik balik permohonan rayuan semakan semula atas hukuman yang dikenakan terhadap Mazlan.

Rancang bawa Pak Ya dan isteri menunaikan Umrah

Untuk pihak Mazlan pula, beliau mengakui berasa runsing dan tidak senang duduk selagi tidak berjumpa dengan Pak Ya untuk memohon maaf. Sebelum pertemuan itu dijalankan, Mazlan mengambil masa untuk mengatur acara dalam mencari Pak Ya dan memintanya untuk bersetuju menghadiri pertemuan tersebut.

"Saya tahu Pak Ya marah pada awalnya ketika pertemuan itu, namun melihat kepada keikhlasan saya memohon maaf, Pak Ya akhirnya tersenyum. Mazlan juga merancang untuk membawa Pak Ya dan isteri menunaikan umrah atas tanda memohon kemaafan dan juga berjanji untuk menjaga Pak Ya seperti keluarga sendiri. 



Untuk netizen di luar sana, sudah-sudahla mengecam ya. Artis juga manusia biasa akan terus melakukan kesilapan. Asalkan ikhlas dalam memohon kemaafan dan tidak buat lagi sudah lah. Bak kata pepatah, buang yang keruh ambil yang jernih! - CARI 
2

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PENCINTA_DIRIMU 24-4-2019 12:06 PM
Terharu bila tengok. Nak bawa umrah, siap cium dahi lagi. Maafkan jelah.. Kita semua takkan pernah terlepas dari lakukan kesilapan, apa yang penting kita sedar sepenuhnya kesilapan kita dan bersedia untuk berubah untuk jadi lebih baik.
Quote haryatie 24-4-2019 12:31 PM
bertuah pakcik ni
ada jugak hikmah disebaliknya
Quote Artemesiaa 24-4-2019 12:39 PM
Baguslah dah berbaik2
Quote saviour_09 24-4-2019 02:17 PM
let bygones be bygones

Quote arffa 24-4-2019 02:33 PM
apa agaknya yang trigger kemarahan dia sampai begitu sekali.
Quote coco 24-4-2019 02:54 PM
sorry to say..... pak  ya dah macam tertipu.... dari nak saman 3 juta... yang mungkin pak ya boleh dapat pampasan few hundred thousands......

tapi sebabkan si pet pet menggunakan 'umrah'....(antara trick trick penunggang agama)  yang hanya kos dia less than 10k......

terus pak ya lupakan semua.....
Quote kookie92 24-4-2019 02:54 PM
alhamdulillah. ada hikmahnya... dapat pakcik ni g umrah
Quote RatuDunia94 24-4-2019 03:07 PM
Kalau iols jd Pak Ya. Iols teruskan je saman tu.. boleh buat duit kot.. alang2 nk hajar retis2.. hajar je betul2.. setakat umrah je kot..
Quote cik_kuntum36 24-4-2019 04:52 PM
rezeki dpt pegi umrah....
Quote myakayina 24-4-2019 05:40 PM
RatuDunia94 replied at 24-4-2019 03:07 PM
Kalau iols jd Pak Ya. Iols teruskan je saman tu.. boleh buat duit kot.. alang2 nk hajar retis2.. haj ...

tula kan.. klu menang saman.. boleh pegi buat haji lagi..
Quote Tweety_Senrose 25-4-2019 12:57 AM
Kalau kita memang nak pilih teruskan saman sebab duit 3 Juta compare to kena bawa umrah yg kos tak banyak dari 3 Juta tu. Tapi Pak Ya tak fikir semua tu kot, dia mungkin nak jaga hubungan dengan sesama muslim. Ye laa, kn dalam Islam penyakit hati tu iri hati, dengki, sombong, ujub, etc. So Pak Ya tu memilih memaafkan walaupun tak dapat duit 3 Juta, biarlah Allah je yg balas kebaikan Pak Ya memaafkan Lan tu.

Win win situation lah kot. Dua2 dah saling memaafkan, Lan nak bawa Pak Ya umrah, Pak Ya pulak risau career Lan sebab isu ni tapi dah settle so netizen pun boleh move on. Pak Ya mcm lebih kepada ukhrawi dari duniawi.

Haaa gituu mode ustazah i
Quote dakewa 25-4-2019 02:15 AM
Harap2 lan pepet ni jangan mungkir janji plak.
Kes dah settle kan pastu trruss dibiarkan org tua tu terkontang kanting mengharap nak pegi umrah
Quote keds 25-4-2019 09:25 AM
Rezeki umrah mungkin....
Quote cmf_jeangrey 25-4-2019 05:17 PM
Harap ikhlas lah..bukan sbb takut kalah saman sbb confirm boleh kalah kt court kalau pakya teruskan saman
Quote None68 26-4-2019 03:50 AM
Pak Ya patut proceed 3 juta tu hentam dia cukup3
Quote domestobot 27-4-2019 02:47 PM
takut Lan Pet Pet lontar jamrah kat Pak Ya tu lak bila bawa umrah, tau jelah baran dan amarah dia tu lain macam

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.047640 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top