"Kepada individu yang menyebarkan video itu, kita jumpa di mahkamah." Akhirnya, penyanyi Aiman Tino melaporkan kes penyebaran video separuh bogel yang dikatakan miripnya di media sosial, baru-baru ini.
Pemilik nama sebenar Mohamad Aiman Yusri, 21, itu nekad membersihkan namanya akibat penularan video berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang turut mencalarkan imej keluarganya. Memetik Harian Metro, Aiman membuat laporan berkenaan di Balai Polis Kuala Kubu Bharu, Selangor jam 11.52 malam tadi. Video: Twitter Kosmo Menurutnya, tindakan itu diambil bagi memberi pengajaran kepada individu terbabit supaya tidak mengulanginya lagi. "Kalau dia berniat untuk melakukan perkara sama kepada rakan-rakan artis yang lain, ingat dia sedang diburu," ujarnya memberi amaran. Aiman kini lebih berhati-hati dari semua sudut dan aspek menasihati rakan artis lain supaya berwaspada dengan orang di sekeliling. Bagaimanapun, menerusi pencarian di laman sosial video itu dipercayai sudah 'hilang dari radar'. Siapalah yang rajin sangat suka mengacau hidup orang lain terutama geng artis ni ya? - CARI
|
RatuDunia94 replied at 24-4-2019 03:58 PM
Katanya ada video baru yg tersebar.. siap ada bukti baju yg heols pakai dlm video sama dgn baju heol ...
MarissaOberlin replied at 24-4-2019 04:19 PM
Baju belang kuning he ols tu he ols claim kata ramai je yang beli and pakai. masalahnya kalau dah ...
ADVERTISEMENT