Tular di media sosial baru-baru ini mengenai gambar sekeping resit yang memaparkan Restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar cawangan SS2/10 Petaling Jaya mengenakan caj 20 sen untuk pinggan dan gelas tambahan.
mStar Online melaporkan, sebenarnya pihak restoran mempunyai sebabnya yang tersendiri. Menurut pemilik merangkap Pengarah Urusannya, "Sebenarnya ramai orang salah faham. Kami hanya kenakan caj tambahan 20 sen sewaktu ketiadaan air sahaja. Selepas pukul 10 paggi Rabu, bekalan air dah kembali pulih kami pun gentikan caj berkenaan.
"Biasanya satu hidangan roti canai guna satu pinggan, satu mangkuk kuah, satu set sudu garfu, jadi kos datang di situ. "Kami kena sediakan pinggan mangkuk sebab menurut notis yang dikeluarkan katanya tiga hari tak ada air. Ini dilakukan demi kebersihan. Tak ada air macam mana nak cuci kan?" Burhan menambah yang pihaknya sedih bila ada pihak yang menularkannya tanpa sebarang usul periksa. "Saya rasa sakit hati orang cakap saya nak untung banyak. Bila air dah ada, kami tak kenakan pun caj 20 sen tu."-CARI |
ADVERTISEMENT