CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Tak Tahan, Zamani Akhirnya 'Mengalah' Pada Bulan Puasa Ini

26-4-2019 12:20 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 12952| Komen: 48|Original author: Oleh: Azza


Antara produk Gegar Vaganza (GV) yang laris selepas Siti Nordiana, Zamani, sememangnya sangat laris mengalahkan aura sang juara pula.

Disebabkan itu, Zamani bersama pihak pengurusan berusaha memenuhi undangan persembahan hingga ia menjejaskan kesihatan pelatun lagu 'Gerimis Mengundang' ini sendiri.

Bagaimanapun, Ramadan yang akan datang kali ini bersama rahmat kerana tempoh sebulan berpuasa akan dimanfaatkan 
untuk mendapatkan rawatan masalah tulang belakang yang ditanggungnya selama ini.


Zamani, 48, berkata, dia perlu segera mendapatkan rawatan kerana kebelakangan ini sering mengalami kesakitan seperti yang dilaporkan Harian Metro.

“Apabila semakin sibuk ke sana sini, sakit itu semakin terasa. Ikutkan saya boleh bertahan dan apabila cuti, ia tempoh terbaik untuk saya dapatkan rawatan,” katanya yang akan menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Zamani berkata, dia hanya mengambil pil penahan sakit bagi mengatasi kesakitan itu.

“Saya terlalu sibuk dengan persembahan nyanyian. Apabila dapat tawaran, takkan saya tak pergi. Itulah sebabnya saya ambil keputusan untuk buat rawatan pada Ramadan. 

Bagaimanapun, pil tahan sakit hanya diambil apabila perlu saja,” katanya.


Menurutnya, dia tidak memilih menjalani pembedahan sebaliknya akan membuat rawatan yang sesuai. Sebelum ini Zamani membuat pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur dan doktor mengesahkan tulangnya berbentuk S.

Bagi Zamani, sakitnya yang datang sesekali terutama ketika berdiri terlalu lama atau menggunakan banyak tenaga membuatkannya terpaksa menahan kesakitan. Biarpun penat, bagi Zamani tiada istilah tidak menghargai setiap tawaran yang datang.

“Allah sudah bagi rezeki. Saya perlu lakukan dan jangan mengeluh penat pula. Namun saya juga perlu ambil kira dari sudut kesihatan dan buat ikut kemampuan diri."

Foto: IG Zamani

Moga Ramadan kali ini mampu memberi kesihatan yang baik kepadanya. - CARI 
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mamidingdong 26-4-2019 12:23 PM
semoga cepat sembuh zamani.. teruk noh rupa dia bila terlalu kurus
Quote mesmerize 26-4-2019 12:26 PM
kesian zamani.. kadang2 nampak berkerut2 muka dia nyanyi macam dalam kesakitan..
dah la badan makin halus nampak..
get well soon abam!
Quote kokocrunch 26-4-2019 12:34 PM

semoga cepat sembuh zamani..
Quote Sazida 26-4-2019 02:04 PM
Kalo tak mendadihh mesti hidup ko skrg tgh bhgia dgn ank bini. Syg seribu kali syg
Quote nadihazza 26-4-2019 02:05 PM
moga dipermudahkan urusan..minat sangat kat dia nih..
Quote sukacactus 26-4-2019 02:06 PM
Sihat atau sakit, mendadih ke x, rambut zamani tetap maintain cantik
Quote jin_lampu 26-4-2019 02:18 PM
sape suruh berdadah dulu

aku benci org yg amik dadah ni, dulu sepupu aku mampus terkangkang dlm longkang kedai mamak kat Muar...sebabkan dadah lah..

Allah bg suara sedap,tapi bongok isap dadah, semua artis yag suara sedap2 amik dadah,,,,bodoh tahap syaiton nirajjim
Quote Felycya 26-4-2019 02:22 PM
Apa pun rambut tetap REJOICE.
Quote nora_balqis 26-4-2019 02:58 PM
semoga cepat sembuh
Quote mixed 26-4-2019 03:11 PM
show x henti dia ni
rehat la bg sembuh tulang belakang
nak menyanyi pn lps ni dah sihat
Quote minahmanja 26-4-2019 03:18 PM
ada scoliosis ke dia ni..?
Quote zaziot 26-4-2019 03:35 PM
minahmanja replied at 26-4-2019 03:18 PM
ada scoliosis ke dia ni..?

kan...aku pun pk yg sama scolio bile baca kata tulang bentuk S

kalau degree xterok...bole je jmpe chiropractic

Quote moocoww 26-4-2019 03:37 PM
Meols hari tu termimpi Zamani.. Dlm mimpi tu heols tgh myanyi, tetiba jatuh rebah dan...... (tak sanggup nak taip)

Quote kiyudi 26-4-2019 04:29 PM
kesian...

rugi nye idop

semoga x rugi kt "sana"
Quote Iris. 26-4-2019 05:11 PM
semoga sembuh bang.... usaha ok.. jangan mengalah
Quote ninjago 26-4-2019 05:19 PM
owhhh baru tahu dia ada sakit tulang belakang.. patutla dia selalu duduk membongkok camtu eh.. sbb penah tgk kt tv program yg Ropee interview dia so duk seblah2 kat meja makan.. dah macam giant ngan org kerdil lak tengok masa tu..igtkan Ropee yg terlebih subur
Quote aleesyasofia 26-4-2019 07:37 PM
gws zamani.. moga sentiasa sihat..
Quote awexgaban7 26-4-2019 08:02 PM
Jaga kesihatan abg adik
Quote ikanmasin 26-4-2019 08:34 PM
selamat merawat diri semasa bulan ramadhan ni ya..
kene jaga kesihatan btl nnt tak sihat lg payah kan..

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.054097 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top