CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Perdana Menteri Israel Cuba Tunjuk Pandai, Serlah Kebodohan Sendiri

26-4-2019 10:33 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 5427| Komen: 13|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Yair (kanan) dan bapanya, Benjamin Netanyahu. 

Kredit foto: Middle East Eye

Yair Netanyahu, anak lelaki kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dijadikan bahan lawak oleh para netizen kerana memberi alasan yang kurang cerdik bagi menafikan kewujudan Palestin.

Memetik laporan Middle East Eye pada 23 April, Yair melalui Twitter mendakwa, Palestin tidak wujud kerana tiada huruf P dalam bahasa Arab.

Kenyataan Yair itu seterusnya ditempelak aktivis kedamaian berketurunan Yahudi, Miko Peled yang menyatakan bahawa huruf J juga tidak wujud dalam bahasa Ibrani.

"Bercakap tentang mereka yang dungu, tiada huruf J dalam bahasa Ibrani jadi Jerusalem tidak boleh menjadi sebahagian daripada Israel, begitu juga Judea atau 'Jews' (Yahudi)," katanya.



Kredit foto: Twitter

Netizen lain termasuk penganalisis politik antarabangsa, Yousef Munayyer dan cendekiawan Universiti Princeton, Zachary Foster turut tumpang sekaki menyindir Yair yang berlagak seolah-olah dia tahu tentang sejarah, walhal dakwaannya tidak mempunyai fakta yang berasas.


Kata Yousef, berdasarkan logik ini, memandangkan tiada huruf J dalam bahasa Ibrani, maka 'Jewish' (orang Yahudi) tidak wujud. 

"Si fasis kecil ini tidak begitu bijak," katanya.


Foster pula menjelaskan, nama Palestin sudah terkenal lama sebelum tentera Rom mematahkan pemberontakan dan ahli-ahli sejarah mempersoalkan mengapa Rom mengubah nama itu.


Peta Palestin pada zaman silam. Kredit foto: Carian Google

Nampaknya, kenyataan yang dibuat Yair itu membuktikan bahawa dakwaan kononnya orang Yahudi adalah golongan manusia paling bijak adalah mitos semata-mata. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Beribear 26-4-2019 11:15 AM
Ini membuktikan tak semua yahudi zionis ni pandai2.. Lg2 anak kpd ketua kezaliman. Kesian b*do#
Quote CharlesDera 26-4-2019 11:17 AM
macam penduboq2 etis dalam website ni la....SAINS dan AKAI.......fakta sains pun reka sendiri.....dah tu menunjuk bowdow...wakakakakakakkkakkakakakakaka
Quote hussaini4675 26-4-2019 11:20 AM
Bapak borek, anak bodoh
Quote natrahn 26-4-2019 11:46 AM
dah satu dunia tau Yair ni bodoh... hihi
Quote pokaibanktokyo 26-4-2019 12:33 PM
Rupa pun macam terencat akal
Quote arm_band 26-4-2019 04:30 PM
hahahaha... cakap siang pandang-pandang, ...(sila sambung sendiri)
Quote sukacactus 26-4-2019 05:07 PM
Mesti makan xikut pantang larang org yahudi ni
Tu xberapa menjadi otaknya
Quote Charles52 26-4-2019 06:37 PM
Yousef Munayyer and Princeton University scholar Zachary Foster also went on to insist on Yair who acted as if he knew about history, though his allegations had no basis. krogerfeedback
Quote salmon-suki 26-4-2019 07:03 PM
Bhahahahahaha..wehhhh..miko tu mmg savage!{:love
Padan muka ko yair whatsoever tuh..nak berlagak pandai,nk justify ur people's action tp tertunjuk kebodohan sendiri..any reply from him after that...?nak taw jgk..kekeke~
Quote salmon-suki 26-4-2019 07:04 PM
pokaibanktokyo: Rupa pun macam terencat akal

rupa dia ni mcm watak simpson tu..except simpson tu kaler kuning,dia ni pale mcm voldemort{:smile
Quote Lagubestbest 12-5-2019 06:25 PM
Spesis yahudi tak semayang berkhatan pun tak, ada hati nak banyak bunyi.
Quote ekod79 12-5-2019 06:30 PM
Mcm pernah ku lihat org acah2 bagus mcm ni....tapi di mana ya? Di bahagian selatan barangkali....
Quote pyropura 13-5-2019 01:41 AM
Sounds like mael

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.040265 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top