CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bawa BTS Datang Malaysia, PH Semakin Merepek!

26-4-2019 11:20 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 10114| Komen: 97|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Cadangan untuk membawa BTS membuat persembahan di Malaysia dibantah pelbagai pihak. Kredit foto: Carian Google



Hasrat Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk membawa kumpulan K-Pop, Bangtan Boys atau BTS bukan sahaja dikritik oleh penggiat seni tempatan malah turut menerima reaksi kurang menyenangkan daripada penggiat sukan peringkat akar umbi.

Seorang penggiat program pembangunan sukan renang remaja yang dikenali sebagai Arda kesal apabila Kementerian Belia dan Sukan seolah-olah memberi keutamaan kepada 'orang luar'.

Memetik status dalam laman Facebook miliknya, Arda turut menyifatkan perkembangan terbaharu itu menunjukkan keadaan menjadi semakin 'merepek' sejak Pakatan Harapan (PH) memerintah negara.


Dia turut menyarankan kepada Syed Saddiq supaya turun padang melawat programnya itu di Kampar, Perak serta berusaha untuk mengetengahkan perkara-perkara yang memberi sumbangan kepada negara.

Kredit foto: Facebook

Para netizen turut berkongsi pandangan serupa dengan menyifatkan usaha Kementerian Belia dan Sukan membawa BTS itu sebagai tindakan yang tidak berfaedah serta membazirkan wang rakyat.

Kredit foto: Facebook


Malaysiakini pada 23 April melaporkan, Kementerian Belia dan Sukan sedang berusaha BTS untuk membuat persembahan di negara ini tahun depan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Seperti yang diperjelaskan oleh Syed Saddiq, langkah membawa artis luar negara itu bukan bertujuan melalaikan generasi muda sebaliknya ia sepatutnya dilihat sebagai pelaburan yang menguntungkan.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Kredit foto: Carian Google


Walaupun menguntungkan, wajarkah artis K-Pop yang diketengahkan sebagai daya tarikan Tahun Melawat Malaysia 2020? -CARI

 
2

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CharlesDera 23-4-2019 09:54 PM
apa kata panggil bintang2 brazzers untuk mai dan bagi talk sex education pada belia2 kita....saya boleh tolong...mungkin syed soddoq boleh hubungi saya...wakakakakakakakakakakaka
Quote sepiITUindah 23-4-2019 09:57 PM
sepesen ngan jibby
Quote singajantan 23-4-2019 10:09 PM
Hebat...ni semua salah najib..cucu kesayangan atuk yg berhati tisu
Quote teloq 23-4-2019 10:10 PM
jap...jap...utk tahun malaysia kan?
awat budaya, makanan, alam semulajadi ibupertiwi tak cukup bagus ka?

kalo pelancong mai malaysia semata2 nk lehat plastik man, baik berambos pi korea jah.



bongokkk
Quote tumpanglalu74 23-4-2019 10:10 PM
Ni muntri ka pimp?
Quote cupu 23-4-2019 10:12 PM
Bwk bdk gi gotong royong pun lg elok saddiq oii...br la tourist dtg malaysia bersih.
Quote tungkai 23-4-2019 10:26 PM
Menteri BBNU
Quote Leeanne88 23-4-2019 10:32 PM
Tahun melawat malaysia. Bawak artis kpop. Doraemon lagi. Apa malaysia ni cikai sangat ke? Oh lupa, nak tarik pelancong luar kan. Setakat artis dengan cartoon malaysia apa la sangat kan
Quote dani-rox 23-4-2019 10:32 PM
ummm... konsert Radiohead apa cerita?
Quote shernazz 24-4-2019 05:29 AM
Ni atas dasar pandang ke timur ke apa?
Quote R2D2 24-4-2019 05:47 AM
tu yg mampu menteri PH fikir

mcm mana la agaknya staff bekerja dgn org mcm ni
Quote Kak-Leen 24-4-2019 05:56 AM
x terkata dah dgn kepimpinan menteri belia nan satu ni..
Quote kelapaparut 24-4-2019 06:25 AM
Bodohla ssadiq ni, dia ingat dgn sexy2 bogel bintang kpop ni boleh mengundang pelancong dtg ke kat msia, please la omg
Quote tobby 24-4-2019 06:57 AM
Kak-Leen replied at 24-4-2019 05:56 AM
x terkata dah dgn kepimpinan menteri belia nan satu ni..

Ni lah akibat ambil budak jd menteri. Tahun melawat Msia tapi x reti nak promosi budaya & produk Msia. Sampai guna doraemon & k-pop utk promosi msia.
Quote Nenolen 24-4-2019 07:05 AM
Tony dan Korea berpidah tiada
Quote arnauld 24-4-2019 07:13 AM
Chronic inferiority complex symptom
Quote Simunggu 24-4-2019 07:53 AM
semua bodoh...tu ja komen aku..
Quote Kak-Leen 24-4-2019 08:14 AM
tobby replied at 24-4-2019 06:57 AM
Ni lah akibat ambil budak jd menteri. Tahun melawat Msia tapi x reti nak promosi budaya & produk M ...

Tu yg akak cakap dulu.. Org pandai berdebat bagai ni x semestinya pandai dlm nak membawa kemajuan kpd rakyat.. Negara apatah lagi..
Quote princessjay 24-4-2019 08:17 AM
tahun melawat msia kite patut promote kn budaya kite..kesenian kite..wayang kulit, dikir barat... our special food.. klu nk tgk BTS baik diorg g korea..  

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.111529 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top