CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Susulan #Freebritney, Britney Spears Nekad Tinggalkan Pusat Rawatan Mental Walau Belum Sihat Sepenuhnya

26-4-2019 11:50 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 10755| Komen: 31|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Selepas hanya satu bulan ditahan di sebuah pusat rawatan mental, penyanyi terkenal Britney Spears, 37,  memutuskan untuk keluar walaupun belum pulih sepenuhnya.


Kredit foto: Daily Mail
Kontroversi tercetus ketika Britney mula-mula ditahan di pusat rawatan itu. Beberapa sumber menyatakan Britney ditahan secara paksa kerana ada pihak tertentu ingin membolot hartanya, menyebabkan tanda pagar #FreeBritney trending di Twitter oleh peminatnya. 


Kredit foto: Carian Google
Bagaimanapun, Britney muncul dalam sebuah video pendek menafikan teori konnspirasi tersebut dan mengatakan beliau mendapat rawatan dengan kerelaannya berikutan tekanan yang semakin memuncak.

Kredit foto: Carian Google
Menurut E! News, Britney akan meneruskan rawatan dan rehat di rumah kerana merasakan dia sudah bersedia kembali ke rutin hariannya. Awal April lalu, Britney membuat kenyataan ingin berehat kerana memberikan tumpuan kepada kesihatan mentalnya. 'Saya perlukan sedikit masa untuk diri sendiri'kata Britney ketika itu.


Ramai membuat spekulasi kesihatan mental Britney berpunca daripada keadaan kesihatan ayahnya yang semakin kritikal. 'Kesihatan ayahnya sangat memberikan tekanan kepada Britney' kata sumber memberitahu E!News. -CARI

Kredit foto: Daily Mail
Sepanjang rawatannya di pusat kesihatan banyak spekulasi liar mengatakan Britney sebenarnya dipaksa kerana ada pihak cuba membolot kekayaannya. 

Tambahan pula peguamnya tiba-tiba menghantar notis berhenti. Bagaimanapun spekulasi itu terpadam apabila Britney dilihat keluar ke salun beberapa kali dan sempat bertemu dengan teman lelakiny,  Sam Asghari sempena perayaan paskah yang lepas.


Kredit foto: Carian Google
Semoga tindakan Britney keluar daripada pusat rawatan sebelum sembuh sepenuhnya ini tidak akan memberi impak negatif kepada kesihatan mentalnya di kemudian hari. -CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 26-4-2019 12:27 PM
Janganlah kes lama Britney berulang sampai cukur rambut
Quote kucingitam 26-4-2019 02:05 PM
kesiannya dia...jgn sampai bunuh diri mcm amy winehouse dah lah..
Quote Orix 26-4-2019 05:47 PM
@Ferr_Remy r u there???
Quote borrow 26-4-2019 06:47 PM
dh keluar ek.

Kat ig savebritneyspearsnow ,  picci baju oren tu dikatakan stage photo ja. Ai pun dh tatau nk percaya sapa . Stay strong , kakabrit !
Quote RatuDunia94 26-4-2019 09:21 PM
Kaya n popular pon x membahagiakan..
Quote Sang_Pencinta 26-4-2019 09:25 PM
Britney sendiri dah nafikan tapi peminat tak percaya

Konon semua ini di bawah kawalan seseorang
Quote Ferr_Remy 27-4-2019 09:07 AM
Orix replied at 26-4-2019 05:47 PM
@Ferr_Remy r u there???

Yes i am. Jrg bukak forum dah ehehhe. Sian Britney but I always hope the best for my idol. Agitchewww.
Quote electricopop 29-4-2019 01:31 PM
Glad she's out and looking healthy!
Quote cm_vungtau 7-5-2019 10:40 PM
Something wrong with her family.
Quote amikie 8-5-2019 12:10 PM
kesian Britney....
btw bf dia hensem...
Quote ninjago 14-5-2019 10:32 AM
Sang_Pencinta replied at 26-4-2019 08:25 PM
Britney sendiri dah nafikan tapi peminat tak percaya

Konon semua ini di bawah kawalan seseorang

mmg pun. dorg tune balik otak britney nie konon2 masuk mental rehab la apa la.. ada la tu yg britney rebel or tak nak ikut kata management. so dihumban masuk 'rehab' konon2 ada masalah mental. mind control among hollywood celebs are real! clearly si asghari tu handler dia.
Quote adeqo 18-5-2019 09:20 PM
ninjago replied at 14-5-2019 10:32 AM
mmg pun. dorg tune balik otak britney nie konon2 masuk mental rehab la apa la.. ada la tu yg britn ...

Aku mcm tak percaya la dengan sam asghari tu..

Quote dani-rox 19-5-2019 04:48 AM
ai baru check net worth Britney... USD215 mil hokehhh.
tak perlu bekerja pun takpa, duit cukup utk dimakan 7 keturunan. Sampai umur dekat 40thn masih dikerah, bila la agaknya nak enjoy titik peluh sendirik.
Quote ninjago 21-5-2019 09:17 AM
adeqo replied at 18-5-2019 08:20 PM
Aku mcm tak percaya la dengan sam asghari tu..

mmgla.. dia pun disuruh rapat ke britney. bkn betul2 in love pun.
byk kes dorg nie masuk mental rehab tapi dorg tak pernah explain exactly what is the diagnosis betul tak? pelik sungguh.


i nak ajak u jalan2.. cuba tengok this site https://vigilantcitizen.com/latestnews/freebritney-is-britney-spears-being-held-at-a-mental-health-facility-against-her-will-for-mkultra/
Quote adeqo 21-5-2019 02:09 PM
ninjago replied at 21-5-2019 09:17 AM
mmgla.. dia pun disuruh rapat ke britney. bkn betul2 in love pun.
byk kes dorg nie masuk mental  ...

Kannn.. aku pun rasa..

Wowww thanks uolss! Nnt ada masa aku baca..

Quote nordin84 6-9-2020 08:51 PM
so #freebritney ni dr tahun lepas lagi kahkenapa iols tertinggal tren
Quote nadie90 7-9-2020 11:09 AM
Kesian akak Britney...GWS
Quote ais_kosong 7-9-2020 03:12 PM
Kesiannya Britney.. Kaya raya pun xbahagia
Ada ja ambil kesempatan.
Quote az20 8-9-2020 12:30 PM
kesian die..

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.081004 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top