"Macam mana nak menarik iklan kalau pelakon itu sendiri tidak memiliki wajah sesuai untuk bergelar artis?" Nampaknya, pelakon Faizal Hussein berkongsi pendapat sama dengan pengarah Datuk A. Aida yang sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan lebih mengutamakan rupa paras menarik berbanding bakat untuk menjadi seorang artis. Berbeza dengan reaksi ramai rakan artis lain, Faizal berpendapat raut wajah menjadi faktor utama untuk kekal dalam industri. "Saya berpendapat, untuk bergelar artis terutama pelakon setiap mereka perlu memiliki raut wajah yang cantik atau pun kacak, ia sejajar dengan apa yang diminta oleh pihak pengiklanan. "Setiap drama mahupun filem yang disiarkan memerlukan pengiklan, jadi bagaimana mahu menarik iklan sekiranya pelakon-pelakon dalam drama itu sendiri tidak memiliki wajah yang sesuai untuk bergelar artis," ujarnya yang menjelaskan bahawa bakat boleh digilap. Mengimbau kenangan di awal pembabitan dalam industri, Faizal akui lakonannya dalam filem Gila-Gila Remaja 'kaku' dan 'kayu', namun bertambah baik seiring pengalaman ditimba.
|
Nurul8001 replied at 26-4-2019 12:26 PM
Ada sesetengah org, bakat berlakon memang semula jadi.
Ada sesetengah org, bakat diperolehi dari r ...
virgo19 replied at 26-4-2019 01:54 PM
Aik, ramai pulak yg sokong A.aida, hari tu mcm semua orang kecam dia.
jalfa replied at 26-4-2019 01:05 PM
Iols sokong selamanya nek aida......tengok kamar kamariah turn off sungguh
jalfa replied at 26-4-2019 01:05 PM
Iols sokong selamanya nek aida......tengok kamar kamariah turn off sungguh
ADVERTISEMENT