Seorang wanita mengaku tidak bersalah mendera dua anak rakannya hingga melecur pada bahagian kaki, tahun lalu. Harian Metro melaporkan, pengakuan itu dibuat selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Mahkamah menetapkan 10 Mei untuk sebutan semula kes. Tertuduh berusia 37 tahun yang juga penjual minyak wangi itu didakwa sengaja mendera dengan mencucuh penyepit besi panas ke atas dua kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun enam bulan dan sembilan tahun lima bulan. Akibat perbuatan tertuduh, kedua-dua mangsa melecur pada bahagian kaki kiri dan kanan. Mengikut fakta kes, kejadian berlaku di sebuah bilik hotel di Kuchai Maju 2, Off Jalan Kuchai Lama, Brickfields, Kuala Lumpur, jam 12 tengah malam, antara 11 Jun hingga 29 Oktober 2018. Tertuduh didakwa atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - CARI
|
shernazz replied at 26-4-2019 06:23 PM
Apa bengong ya dera anak orang..
Mereput lah kau di dalam penjara
passwork replied at 26-4-2019 06:33 PM
Td aku tbayang cerita cikgu kat fb. Mak budak2 tu lesbian.
tp tbila baca tempat kejadian.. aku an ...
shernazz replied at 26-4-2019 06:37 PM
Yang alia tu ke..yg kena dera dgn pengkid?
Huhu...kesian kan..sure trauma bebudak.ni
nuyunnisa replied at 26-4-2019 10:08 PM
Ini kes Alia n Aimi beb.Mak dia lepas kena denda RM 6k je..babah pengkid dia ni yg kena bicara n ple ...
rina0602 replied at 27-4-2019 05:17 PM
Aku tak faham la mana pergi naluri seorang mak tu..Kau tak penat ke mengandung, lahirkan anak kau tu ...
ADVERTISEMENT