CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

#DontSpoilTheEndgame Trending, Bintang Sukan Dikecam Kerana Bocorkan Jalan Cerita Avengers:Endgame

30-4-2019 12:28 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 3972| Komen: 19|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Minggu ini bermulanya tayangan filem Avengers: Endgame seluruh dunia dan ramai peminat filem-filem Marvel telah merancang untuk menontonnya hujung minggu ini. 

Oleh itu, mereka cuba memberi amaran kepada sahabat handai yang telah menonton lebih awal untuk mengelakkan daripada membocorkan plot cerita filem tersebut.


Kredit foto: Carian Google
Betapa hebatnya gesaan untuk merahsiakan plot filem itu sehinggakan ketika ditemubual oleh pelbagai stesen televisyen, barisan pelakon seperti Robert Downey Jr., Chris Evans, Mark Ruffalo, Chris Hemsworth dan Scarlett Johansson enggan memberikan sebarang klu mengenainya.


Kredit foto: Buzzfeed
Malahan pengarahnya adik-beradik Russo telah memulakan tanda pagar #DontSpoilTheEndgame yang sempat trending seluruh dunia. 

Di Malaysia, pelbagai meme telah menjadi viral menyatakan musibah kepada sesiapa yang membocorkan jalan ceritanya.


Kredit foto: Twitter
Oleh itu tindakan bintang sukan LeSean McCoy, dari pasukan Buffalo Bills membocorkan jalan cerita filem itu kepada jutaan pengikutnya dikecam ramai.


Dalam Instagramnya, LeSean yang baru selesai menonton filem itu dengan anaknya telah memuat naik beberapa status dan gambar yang dipetik daripada filem tersebut.


Kredit foto: Twitter
Susulan itu, ramai yang mencadangkan beliau digugurkan daripada pasukannya. Malahan ada juga yang meminta Twitter supaya digantung daripada media itu.

Kerana ugutan dan cacian yang berterusan, LeSean juga terpaksa menghalang banyak peminatnya, sehinggakan beliau kehilangan sebahagian daripada mereka yang memutuskan untuk unfollow selepas kecewa dengan tindakan bintang sukan itu.


Kredit foto: Twitter
Walaupun begitu, ada netizen yang berpendapat respon itu keterlaluan dan peminat terlalu mengikut kata hari . 'Ini sekadar filem, bukan hidup mati, kenapa terlalu berkasar,' kata mereka.

Kredit foto: Twitter
Bagaimana pula dengan anda? Sejauh mana anda cuba mengelak daripada membaca spoiler sesebuah filem sebelum tayangan? Wajarkah respon seperti ini? -CARI

6

Bagus
3

Marah

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote swimswim 30-4-2019 01:21 PM
Alah movie je pun.
Quote kawankau 30-4-2019 03:08 PM

Tak la. ni mo vie Ame rika Sya rikat
Quote intanumbrella 30-4-2019 03:41 PM
Apa pun aku gigih nak pi tgok lagi sekali{:love
Quote AbukRokok 30-4-2019 04:09 PM
Edited by AbukRokok at 30-4-2019 04:10 PM

thanos mati 2 kali
last skali jadi debu
ironman mati
blackwidow mati utk soulstone
thor gemok
semua yg vanished datang kembali lepas hulk snap
hulk dah xseksi lg pndai pakai baju
captain amrika boleh hayun tukul thor
captain marvel kne jaga beribu planet
antman dpt kluar dari quantum thanx tu tikus (tikus betul)
semuanya kerana antman dan tikus tu

Quote mizruncing 30-4-2019 05:33 PM
AbukRokok replied at 30-4-2019 04:09 PM
thanos mati 2 kali
last skali jadi debu
ironman mati

hahahaha spoil
Quote aleesyasofia 30-4-2019 07:54 PM
intanumbrella: Apa pun aku gigih nak pi tgok lagi sekali{:love


iolss pon dh 2x tgk.. {:hooray
Quote ArnabAtasBulan 30-4-2019 11:46 PM
Dah tengok da pon. Xboley nak spoil da. Huhu...i'm going to miss steve rogers. T.T
Quote MsKathryn 1-5-2019 02:14 AM
Br tgk petang td... tp nk pg tgk sekali lg bila blk kl
Quote munchkin 1-5-2019 04:45 AM
Pengajarannya. Ketamakan pihak lain nak keluarga dia balik menyebabkan kematian rakan sendiri. So tak payah beria ria nak tolong kawan.
Quote Sang_Pencinta 1-5-2019 06:58 AM
AbukRokok replied at 30-4-2019 04:09 PM
thanos mati 2 kali
last skali jadi debu
ironman mati

Gila punya spoiler haha
Quote fishcracker 1-5-2019 08:08 AM
Tak dapat nak tengok lagi,asyik sold out
Quote Jeanspurple 1-5-2019 12:07 PM
Memang la sekadar movie, tp berjuta orang tunggu. Lagi2 peminat2 komik, peminat2 movie ni dr Iron Man lagi. Kalau tak minat pun, kena la hormat sikit minat orang lain.
Quote adeqbun 2-5-2019 09:09 AM
munchkin replied at 1-5-2019 04:45 AM
Pengajarannya. Ketamakan pihak lain nak keluarga dia balik menyebabkan kematian rakan sendiri. So ta ...

ye ai stuju..tak psl2 ade yg jd janda dan anak yatim..btol la kate thanos..manusia ni anyyoing dan xmau move on ...
Quote munchkin 2-5-2019 11:11 AM
adeqbun replied at 2-5-2019 09:09 AM
ye ai stuju..tak psl2 ade yg jd janda dan anak yatim..btol la kate thanos..manusia ni anyyoing dan ...

Tulah pasal kan. Kesian balu ngan anak iron man.
Quote Sang_Pencinta 3-5-2019 12:11 AM
Thanos punya logik bunuh sebab nak kurangkan umat kot
Quote mohdcrow 3-5-2019 03:14 PM
aku tak setuju pilih random je yg jadi debu...

buatnya 50% yg tinggal perangai cam haram tak guna jugak

ada orang tak minat movie ni...mungkin sebab tu dia cakap ..."ala...movie jer pun"

ada orang minat...dia nak tengok sendiri apa jadi...cuma tak dapat tgk awal sebab bz or yada2

hormatila minat orang sama...dia bukan tengok guna duit ko pun...

macam orang dah plan cantik2 untuk surprise besday party untuk ko malam ni...

tetiba salah sorang bgtau yg dorang tgh plan suprise party untuk ko...malam ni...

spoil gila kot usaha orang tu....

lainla kalau ko takde perasaan...

itu lain citer la
Quote Mary_jane 4-5-2019 11:30 AM
Charming nya captain america the whole movie, tak nak kedip mata ni rasa, tapi scene depan tasik tu sangat errr.

Overall, best! I nak tengok lagi dan lagi dan lagi. Worth watching ya, 3 jam dok ngadap screen tu. Pergi lah tengok sis sekalian. Sayang nya black widow missed the final battle. Thor macam terlebih sense of humour dengan badan gundu sebegitu. Dan captain marvel yang i rasa the most oustanding superheros of all. Kekebalan thanos yang tiada tara nya, dipatahkan oleh iron man dan 6 infinity stones dan terkorban lah dia akhirnya.



Quote AbukRokok 4-5-2019 12:29 PM
fishcracker replied at 1-5-2019 08:08 AM
Tak dapat nak tengok lagi,asyik sold out

sian...nah utk popcorn sebelum dpt tiket


Endgame bosan habis. Saya jangkakan menaiki roller coaster, tapi rupanya saya cuma menaiki monorel yang bosan dan lembab.

Untuk macai Marvel, mereka memberikan rating sehingga 10/10. Melampau-lampau macainya.

Saya beri 6.5/10 sahaja. Jika anda mahukan lebih banyak aksi, ini bukan filemnya, malah infinity war sebelum ini lebih memuaskan.

Saya baru tonton malam tadi, jadi sudah tentu macai2 Marvel sudah tonton awal, maka artikel yang saya tulis ini dikira bukan lagi spoiler buat mereka, lainlah jika mereka belum tonton lagi.

Jadi, jika anda macai Marvel yang belum menonton filem ini, anda boleh henti membaca sekarang. Kepada mereka yang ingin teruskan membaca, silakan.

Saya tak nak tulis panjang sangat sebab menghabiskan boreh je. Ringkasnya begini:

Avengers sudah kalah pada filem sebelum ini. Mereka cari thanos untuk dapatkan kembali batu, tapi thanos dah hancurkan semuanya. Bengang, thor penggal kepala thanos guna kapak.

Lima tahun selepas itu.
Tiada cara lain nak betulkan keadaan kecuali kembali pada masa lampau dan dapatkan semua batu infinity .( Iya, time travel. Ini pun dah cukup meloyakan.) Bagaimana mereka dapat idea ini?

Pada filem ant man2, akhir filem beliau terperangkap dalam dunia kuantum melalui mesin kuantum. Secara tak sengaja, tikus telah menghidupkan kembali mesin pada van yang telah terperap lima tahun di bangsal (selepas thanos memetik jari). Tikus bro! Tikus pijak punat mesin terus hidup. Kah kah kah.

Ant man keluar je dari van buruk tu, dia terkejut tengok keadaan bumi macam kena tsunami. Dia berada cuma 5 jam dalam dunia kuantum, tetapi di luar beliau telah lewat lima tahun.

Dia bergegas ke pejabat Avengers jumpa saki baki ahli kumpulan yang kini diketuai Natasha, lalu beritahu mereka boleh baiki hal ini dengan pergi ke masa lampau melalui fizik kuantum, hal yang beliau lalui dalam mesin kuantum.

Dengan bantuan Ironman (yang pada mulanya tak nak bantu sebab kecewa, lagipun beliau sudah ada anak perempuan comel) maka mereka berjaya buat mesin masa yang lebih canggih dan besar lalu kembali pada masa lampau untuk dapat kan semua infinity stone.

Babak kembali pada masa lampau ni bosan habis. Macam Flash back kembali semua filem Marvel yang ada babak dapatkan infinity stones. (Macai2 Marvel dalam pawagam ketika ini bersorak macam beruk mat yeh. ) Setelah dapat semua batu, Hulk kemudian pakai sarung tangan (versi Ironman) yang diletakkan semua batu batu lalu memetik jari dan menghidupkan kembali semua makhluk yang dilenyapkan thanos.

Sebelum itu ada plot twist sikit, dimana konspirasi Avengers ini diketahui  thanos pada masa lampau. Perkara tersebut berlaku apabila memori Nebula projected pada Nebula masa lampau yang masa tu macai Thanos. Macam pairing gitu. kah kah kah.

Maka thanos pun tonton semua mesyuarat Avengers yang dihadiri Nebula pada masa kini melalui Nebula pada masa lampau.

Nebula pada masa lampau kemudian masuk ke dunia masa kini melalui mesin masa. Setibanya beliau di pejabat Avengers di mana mesin kuantum itu berada, nebula menghidupkan mesin  lalu membawa Thanos dan askar2nya dari masa lampau ke bumi.

Maka berperang lah semuanya. Muncullah watak watak Marvel yang dah mati untuk bantu lawan thanos. Macai Marvel ketika ini bertepuk tangan di pawagam. Ada yang bersorak macam nampak michael Jackson hidup kembali bila muncul Black Panther dan Spiderman.

Gaduh gaduh tembak menembak bom mengebom last sekali iron man petik jari sarung tangan yang ada batu infinity.

Maka semua askar dan thanos pun lenyap jadi abu.

Sebab kuasa batu kuat sangat iron man mati.

Macai2 Marvel sebelah saya menangis teresak-esak.

Dah menang perang, captain America ditugaskan untuk kembalikan semula batu batu infiniti di tempat dan masa lampau sepatutnya.

Dia pergi sorang diri, pada masa 5 saat di masa kini. Tapi dia ambil masa puluhan tahun sebab nak enjoy masa dengan pasangannya pada masa lampau. Oh yeah baby!

Lepas 5 saat tu, dia jadi tua giler kerepot, dia serahkan shield captain Amerika dia kat ahli Avengers lain. Mau pula dia letak jawatan dah tua begitu. Bukan macam atuk kau yang dah kerepot tu, dua kali nak jadi 'kapten' Malaysia. Kahhhhhh.

Tamat. Tiada end scene credit. 3 jam. 6.5/10. Overated.

Quote batmana 4-5-2019 04:57 PM
plot twist, tikus yg hidupkn mesin kuantum tu, dari ninja turtle

mgkin ada ninja turtle ngn avengers gabung


Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.050534 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top