|
Lucu! Itu kata-kata yang terpacul dari mulut netizen apabila seorang pengguna laman sosial Twitter memuat naik gambar seekor anak kucing yang menyebabkan kekecohan di sebuah surau di Subang Jaya. Anak kucing comel tersebut menyebabkan riuh-rendah apabila 'menyerang' jemaah surau yang sedang menunaikan solat dengan masuk ke dalam kain jemaah ketika sedang sujud. Aduhai! Yang menjadikan peristiwa itu kecoh apabila ianya menyebabkan kain pelikat seorang jemaah bergelar haji hampir terlucut gara-gara kucing tersebut.
Ini menyebabkan ahli jemaah surau terpaksa menaikkan notis memberi amaran kepada jemaah yang datang ke surau tersebut supaya memakai seluar dalam apabila mengenakan kain pelikat ke surau. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang peristiwa tidak diingini daripada terjadi. Boleh trauma, okey! |



tak takut terlucut ke kain tu pakcik



ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-2-2026 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.060667 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.