Polis sedang menyiasat bagaimana gambar mayat pemain Cardiff City, Emiliano Sala tersebar di Internet. Memetik Mirror, kejadian itu berlaku dua hari selepas bapa mendiang bintang Argentina itu, Horacio, 58, meninggal dunia akibat serangan jantung. Menurut sumber, kejadian itu menambahkan lagi kedukaan dihadapi keluarga Sala. Penyerang berusia 28 tahun itu menaiki pesawat persendirian dari kelab Perancis ke pasukan barunya di Liga Perdana Inggeris, Cardiff City pada 21 Januari lalu sebelum hilang dari radar.
Mayatnya ditemui lebih dua minggu kemudian pada 6 Februari selepas pasukan mencari dan menyelamat menemui bangkai pesawat ringan berkenaan berhampiran pulau Guernsey. Mayat mendiang kemudian dibawa ke rumah mayat Holly Tree Lodge di Bournemouth, Dorset sebelum dibedah siasat. Menurut laporan, pihak polis percaya ada individu memecah masuk ke dalam rumah mayat berkenaan dan mengambil gambar mayat mendiang. Polis Dorset dalam satu kenyataan berkata, gambar dipercayai mayat Sala telah disebarkan di media sosial dan pihaknya mengecam perbuatan jelik dilakukan individu tidak bermoral terbabit. "Kami sedang menyiasat kejadian ini dan bekerjasama dengan beberapa agensi untuk menentukan bagaimana gambar itu diambil dan siapa yang bertanggungjawab," kata jurucakap polis. Gambar berkenaan dimuat naik di Twitter sebelum ia segera dipadam. Sebelum ini, seorang penyokong Burnley FC, Gary Kay, 36, didakwa selepas memuat naik kenyataan jelik mengenai Sala di Twitter. - CARI
|
2
Bagus |
2
Marah |
5
Terkejut |
9
Sedih |
6
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
moonbug: Takde sensitiviti langsung yang buat tu
ADVERTISEMENT