Bahana dadah, lelaki tergamak mengelar leher ibu dengan parang kecil. Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku di sebuah rumah di Kampung Tanjung Piring, Nami, dekat Pedang Terap, Kedah, jam 8 malam tadi. Difahamkan, dalam kejadian suspek 35, mendekati mangsa, 69, sebelum menolaknya hingga terjatuh. Suspek kemuadian dikatakan mengambil parang kecil, lalu cuba mengelar leher warga emas itu sebelum berlaku pergelutan. Cubaan suspek untuk mengelar ibunya sekali lagi gagal apabila berjaya ditepis mangsa. Ketua Polis Daerah Padang Terap Deputi Superintendan, Noh Idris mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian sebelum anggota dikerahkan ke lokasi. Suspek ditahan jam 11.15 malam tadi dan polis turut merampas sebilah parang berukuran 43 sentimeter. Siasatan awal mendapati kejadian bermotifkan wang untuk membeli bekalan dadah syabu dan heroin. Suspek juga didapati berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian dan memiliki dua rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah. Berikutan itu, lelaki terbabit direman seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. - CARI
|
ADVERTISEMENT