|
Model lelaki Brazil meninggal dunia di atas pentas peragaan ketika berlangsungnya Minggu Fesyen Sao Paulo (SPFW). BBC melaporkan, Tales Soares, 26, ketika kejadian memperagakan jenama pakaian Ocksa apabila dia tiba-tiba rebah sebelum dikejarkan ke hospital, namun disahkan sudah meninggal dunia. Difahamkan, penonton pada awalnya menyangka ia hanya gimik persembahan. Bagaimanapun, barisan model lain menunjukkan riak wajah terkejut dan takut ketika pasukan perubatan bergegas untuk membantu mendiang.
Pihak penganjur menerusi laman Twitter mengesahkan kematian Soares, namun tidak mendedahkan butiran lengkap mengenai insiden itu. "Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Soares," ujarnya yang menambah mereka bersedia memberi bantuan untuk meringankan beban keluarga mendiang. Berdasarkan rakaman sekitar persembahan itu, Soares dilihat berjalan ke penghujung pentas sebelum rebah ketika berpusing untuk meninggalkan pentas. Beberapa jam sebelum kematiannya, Soares sempat memuat naik gambar di Instagram berhubung pertunjukan yang bakal berlangsung.
|


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-2-2026 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.263865 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.