Ramai yang tahu Rozita Che Wan bukan sahaja aktif dalam dunia seni, malah dia telah melancarkan produk kecantikan dan tudungnya sendiri. Terkini, dia telah melancarkan perniagaan baru yang dinamakan Kad Sim Glamor MyPrepaid. Kad sim ini bakal hadir dengan harga RM10 sekeping untuk panggilan SMS dan data.
Menurut Rozita Che Wan, ini adalah suatu penghargaan untuk kesemua peminatnya. Dengan adanya platform ini, dia dan peminat boleh berkomunikasi secara terus dengan kos prabayar yang murah. Dengan ini anda boleh menghubungi Che Ta bila-bila masa tidak kira waktu dan tempat dengan kadar yang rendah.
Kecuali waktu malam, sebab malam dia nak tidur. FOTO IG Ini juga merupakan peluang kepada 500 orang peminat terawal untuk menjadi wakil pengedar dan berpeluang untuk berbuka puasa bersama keluarganya dalam satu majlis berbuka puasa eksklusif. Jika ada yang berminat bolehlah layari web www.myprepaid.com.my bermula 29 April 2019. -CARI |
LadyCarefree replied at 2-5-2019 12:48 PM
Bukn makin kaya tp mkin sengkek kot sbb tu buat ni
Dengan ini anda boleh menghubungi Che Ta bila-bila masa tidak kira waktu dan tempat dengan kadar yang rendah
imransulaiman replied at 2-5-2019 12:49 PM
Tumpang telco mana ni? Ke dia buat telco sendiri 01peliaq?
ADVERTISEMENT