Kursus pra-perkahwinan memang sudah menjadi kewajipan untuk dihadiri pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga. Kalau dapat penceramah yang baik dan berilmu, pasti menghiburkan.
Tapi, kalau dapat penceramah yang tidak tentu arah, pasti pening dan tak membawa faedah. Seperti cerita yang tular di Twitter mengenai seorang penceramah di kursus pra-perkahwinan yang menyebarkan perkara tidak sepatutnya. Ustaz ini dengan beraninya mengeluarkan kenyataan bahawa wanita tidak bertudung layak dizina dan dicabul. Astaghfirullahalazim! Lihat video di bawah ini untuk lebih jelas. Rata-rata netizen geram dengan ustaz terbabit dan meminta pihak JAWI supaya memantau kursus pra-perkahwinan agar tidak tercemar dengan pengaruh tidak elok. Tolonglah pantau orang yang memberi ceramah sebegini. - CARI
|
saviour_09 replied at 30-4-2019 11:04 AM
aku dulu kursus kahwin
penceramah aku hakim syariah yg memang well known dgn gatal namampos
masa b ...
fushimi replied at 30-4-2019 11:32 AM
lobai sistur kalau ceramah modal apo lagi nak guna
munchkin replied at 30-4-2019 11:42 AM
Tempat aku pi kursus kawin takde plak sentuh aurat. Ustaz tu dok suruh lelaki tolong bini. Tolong ba ...
Melorqe replied at 30-4-2019 11:44 AM
aku pergi kursus kahwin tak da benda2 merepek.
tempat korang ni ambil ustaz tangkap muat ja kut.
k ...
airmineral replied at 30-4-2019 01:46 PM
setuju dengan ko
kursus kawen ni kalau jenis penganjur yang tangkap muat je penceramahnya
isi ka ...
Asdan replied at 30-4-2019 11:49 PM
apa maksud dizina ? rela atau paksa ?
ADVERTISEMENT