CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

PhD 'Dr' Azizan Osman Kantoi Lagi, VU School of Management Terletak Di China?

30-4-2019 05:26 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 17558| Komen: 73|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Siapa yang tidak kenal dengan mentor keusahawanan 'Dr' Azizan Othman yang tak lekang dengan kontroversinya. Semuanya bermula dengan kenyataan kononnya beliau memiliki kelulusan PhD tetapi dinafikan oleh universiti tersebut.



Kredit foto: Facebook


Tiga tahun dahulu Encik Azizan pernah memuatnaik kenyataan di lamannya bahawa beliau memiliki PhD daripada Universiti Malaya (UM) dalam bidang keusahawanan. Bagaimanapun, penipuannya itu terbongkar apabila Pejabat Hubungan Antarabangsa dan Korporat, UM mengeluarkan penafian pernah menganugerahkan ijazah itu kepada beliau.


Kredit foto: Says



Tak serik-serik, beliau sekali lagi mengeluarkan kenyataan melalui syarikat miliknya Richworks Group, bahawa beliau adalah pemegang kelulusan Doktor Sains (Metafizik) dari Gordon University, Bradenton, Florida, Amerika Syarikat yang diambil dengan kerjasama University of Hertfordshire, United Kingdom.

Sekali lagi penipuan itu terbongkar apabila siasatan mendapati Gordon University adalah sebuah universiti dengan laman web yang meragukan. Lebih memalukan, pihak University of Hertfordshire turut membuat kenyataan bahawa Encik Azizan tidak pernah berdaftar dengan mereka.


Kredit foto: Facebook


Selepas dua kes penipuan yang memalukan itu senyap seketika, minggu ini mentor usahawan itu telah membuat kenyataan akhbar bahawa beliau sudah mendapat satu memiliki Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan (DBA) dari VU School of Management, Switzerland. 




Kredit foto: Harian Metro


Kenyataan itu menghiasi dada akhbar termasuk harian Metro dan Facebooknya yang menunjukkan gambar-gambar sekitar majlis graduasi di AsiaWorld-Expo Hong Kong.


Kredit foto: Facebook


Persoalannya, sejauh manakah dakwaan kali ketiga boleh dipercayai? Menurut semakan seorang netizen bernama Hanif yahaya, kenyataan ini sekali lagi meragukan.


Kredit foto: Facebook



Pertama, VU School Management yang diwar-warkan bukanlah Universiti yang dikenali di Switerzeland tetapi terletak di China berdasarkan laman webnya.


Kredit foto: Facebook


Kedua, semakan alamat menggunakan Google Map tidak menjumpai langsung sebarang bangunan Universiti di alamat yang ditunjukkan di laman web itu.


Ketiga, gambar yamg diperolehi daripada Google Earth hanyalah sebuah unit bangunan kecil dengan beberapa lambang direktori pejabat. Bagaimanapun sekiranya diteliti lambang itu tidak menyerupai lambang VU School of Managent yang diwar-warkan.


Kredit foto: Facebook



Jadi, adakah ini satu lagi penipuan beliau? Memetik persoalan seorang pensyarah UM,  Dr. Saadan Man, mengapakah Harian Metro dengan mudah mempercayai usahawan itu tanpa melakukan penyelidikan?


Kredit foto: Facebook


Jika benar, mangsanya sudah pastilah pengikut beliau yang mudah percaya dengan apa jua kenyataan yang dikeluarkan. Semoga pendedahan demi pendedahan ini akan menyedarkan mereka. - CARI 

1

Bagus

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Cari-Azza


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote keds 30-4-2019 05:28 PM
Wow...............
Quote nikaido 30-4-2019 05:31 PM
Uni dkt swiss, konvo dkt china
Quote weezerfan 30-4-2019 05:33 PM
Muka2 penipu tu kemain megahh memasing pfhl degree pon xde sesilap
Quote Kak-Leen 30-4-2019 05:37 PM
Masih ada lagi yg percayakan dia ni ke?
Graduated dah 3 kali dah. Anak akak pun dah tiga kali. Masa kindergarten, Tahun 6 dan Tingkatan 5.
Quote sarahmirza 30-4-2019 05:37 PM
Gigih nak juga ada phd.
Tapi menipu.
Kesian pulak tengokkan...
Quote ninnamina 30-4-2019 05:39 PM
Dah berkali2 kantoi phd tipu ni.. tak serik2 nak malukan diri sndri
Quote CharlesDera 30-4-2019 05:43 PM
dia buat seminaq kaya...hangpa pi bayaq mahai2....tapi buat bisnes tak kaya2...yang kaya dengan seminaq dia mangkaq bulat ni...wakakakkakakakakakkakakak

nak kata mangkaq pun tak buleh...dia dah berjaya buat duit dengan seminaq dia...yang sebenaqnya konten ada dalam buku2 teks tapi hangpa tak mau baca...wakakakakakakkakakakak
Quote Sang_Pencinta 30-4-2019 05:55 PM
Dah tak layak buat apa nak berPhD bagai??
Quote buapakperut 30-4-2019 05:55 PM
geng datuk belon samaritan
Quote swimswim 30-4-2019 05:57 PM
Tak serik2 jijan
Quote beloomberk 30-4-2019 06:00 PM
Kemaruknya nk berphd..pergi je la enroll dkat trusted u..aiyooo..
Quote HannahMontana 30-4-2019 06:01 PM
2 perkara  ,

1 . penting  jujur. Kalau xbelajar tinggi mengaku saja kira lg power boleh  pengaruh org sungguh pun xmengaji tinggi.

kalau betul belajar, syukurrrrrrrr mungkin ini jalan nya dibuka kan hati ilmu ada boleh buat sehebat ini. Ribu-ribu manusia habiskan ribu-ribu utk belajar dengan dia sednagkan product Osman zizan hanyalah air liur...??!!!!!!!!!!

2. Dia dah kaya dengan apa yg dia buat ,anda yg konon nya berhabisssssss sudahkah kaya?? hehehe Baru tanya bab kaya belum lagi tanya dah berjaya jadi Billionaire ke muahhahhahahaha
Quote HannahMontana 30-4-2019 06:02 PM
Kalau dah berkali-kali kantoi tp langsung bermagnet hehhehehe mcm mana tu
Quote sayawifenikmie 30-4-2019 06:05 PM

mengapa perlu PhD kalau tana PhD sudah berjaya kaya raya?

tengok katFb dia  2-3 hari ni-- doc kehulu doc ke hilir -- rasa nak muntahhhhh hahaha
Quote anish911 30-4-2019 06:17 PM
Udah2 la tu menipu jijan oooiii.. kalau x mampu buat phd tu x hina pun kalau xda.. yg lagi hina kalau menipu phd.. heyyy banduan kat kajang tu pun ambek phd yaa.. phd tulen bang.. bukan made in china!!
Quote makton 30-4-2019 06:33 PM
hadap sgt title Dr tu.. memalukan betul la!
Quote matamata 30-4-2019 06:56 PM
Org pun dah malas nak check, mesti tipu
Quote helicornia 30-4-2019 07:03 PM
kenapa dr saadan tu nak salahkan harian metro? macam ruangan iklan dibeli je kt metro tu
Quote Victorioussss 30-4-2019 07:10 PM
Bole jd menteri x?

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.037550 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top