Selasa lalu, polis Hong Kong menemui seorang wanita dengan biji matanya dicungkil keluar. Mangsa itu yang sedang terlantar sakit didakwa telah diserang adik perempuannya, tetapi motif serangan masih belum diketahui.
Sekitar jam 3 pagi, jiran adik-beradik itu dikatakan telah mendengar jeritan kuar dari apartmen mereka di Sun Chun, Thai Hang sebelum menghubungi pihak polis. Polis yang tiba di kediaman dua beradik itu kemudian mendapati mangsa, 66, dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas katil dengan kedua-dua biji matanya dicungkil. Dipercayai, perbuatan itu dilakukan adik perempuannya berusia 59 tahun dengan hanya menggunakan jarinya. The Straits Times melaporkan bahawa identiti kedua-dua wanita itu telah dikenal pasti. Difahamkan, adik perempuan itu menghidap kecacatan mental tahap sederhana dan tinggal di apartmen itu dengan dua kakak perempuannya. Mangsa pula mengidap ketumbuhan dan penyakit saraf yang mengakibatkanya tidak boleh bergerak dan terlantar di atas katil sepanjang hari. Mereka berdua dikatakan mendapat bantuan daripada kerajaan, manakala seorang lagi yang tidak berada di rumah pada kejadian bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat. Kes yang sangat menyedihkan dan mengerikan bagi dua beradik ini. - CARI
|
ADVERTISEMENT