Misteri bau busuk yang dihidu penghuni rumah teres dua tingkat di Kota Damansara akhirnya terbongkar. Harian Metro melaporkan, mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan sudah berulat di atas katil di bilik sewanya itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh Muhammad Hazrin Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.29 petang. “Seramai enam anggota bersama sebuah ke lokasi dan kemudiannya dimaklumkan ada mayat seorang lelaki berusia 49 tahun di atas katil di tingkat dua rumah berkenaan.
“Anggota kemudiannya bertindak membungkus mayat itu dengan plastik hitam dan membawanya turun menggunakan pengusung sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut." Tambahnya, mayat berkenaan ditemui dalam keadaan busuk dan dipercayai sudah meninggal duni kira-kira seminggu lepas. “Berdasarkan rakan serumah mangsa, kali terakhir lelaki itu dilihat kira-kira seminggu lalu. “Empat penghuni lain di rumah berkenaan tidak mengesyaki sesuatu yang buruk sebelum mereka terhidu bau busuk yang datang dari bilik sewa mangsa." -CARI
|
beloomberk replied at 2-5-2019 10:17 AM
Ni mmg tahap housemate x amek kisah sesama sndiri ni..ko buat hal ko,aku buat hal aku..
ADVERTISEMENT