CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Masih Ada Yang Pentingkan Diri Sendiri 'Cop' Petak Parking

3-5-2019 10:46 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 5836| Komen: 21|Original author: Oleh: natrahn

Untitled Document
Sudah banyak kejadian 'cop' atau tempah petak parkir berlaku di Malaysia. Walaupun peristiwa seperti ini sering dikecam netizen dan dilaporkan kepada pihak berkuasa, masih ramai bersikap mementingkan diri sendiri dan meneruskan tabiat 'cop parking' ini.




Hal serupa dialami sendiri oleh Sean Lau pada 27 April lalu. Menurut perkongsian beliau di media sosial, kejadian berlaku di GM Klang. Sean yang sedang mencari petak tempat letak kereta melihat seseorang menaiki Perodua MYVI merah ingin keluar dari petak parkir. 

Sean Lau menunggu dengan sabar dan memberikan signal sebagai tanda menunggu untuk kereta tersebut keluar. Tiba-tiba, muncul seorang wanita terus berdiri di petak parking yang baru sahaja kosong sambil menelefon suaminya. 




Bila tindakan wanita itu dipersoalkan wanita tersebut terus mengambil gambar Sean. Sean juga berbuat perkara dan sama dan menurutnya, beliau mempunyai bukti rakaman video dari dashcam yang dipasang dalam kereta beliau. 

Lantaran itu, netizen meminta Sean Lau untuk muat naik video rakaman dari dashcam beliau pula. Setakat ini, tiada tindakan diambil Sean. Posting ini telah dikongsikan sebanyak 62 kali di media sosial ketika artikel ditulis.


Foto: FB

Untuk tentukan siapa pemenang yang bakal memperoleh tempat parking tersebut, apa tindakan anda? Bertumbuk? Tarik rambut? 

Tahukan anda, berdiri untuk 'menempah petak parking' memang dinyatakan sebagai satu jenayah di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Bahagian “gangguan dan desakan menyalahi undang-undang” ini menyatakan:

“Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.”

Penalti am RTA terpakau untuk undang-undang ini dan berada di bawah Seksyen 119 yang meletakkan hukuman denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan. Tapi, sekiranya kesalahan ini diulangi, anda akan dikenakan denda sehingga RM4000 dan/atau 12 bulan penjara.

Sekiranya perkara ini berlaku, anda boleh membuat laporan ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Terdapat beberapa cara untuk melaporkan perkara ini sama ada dengan memberikan bukti gambar atau video.

1. Hantar Whatsapp ke 011-511 5252
2. Hantar emel ke [email protected]
3. Telefon 03-8886 6412

Pastikan gambar atau video tersebut menunjukkan nombor pendaftaran kenderaan pesalah, termasuklah kesalahan mereka dan perlu disertakan:

1. Maklumat peribadi pengadu (termasuk IC)
2. Lokasi
3. Tarikh dan masa
4. Nombor pendaftaran kereta
5. Keterangan tentang perkara yang berlaku    -  CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 3-5-2019 10:51 AM
Pprtnya perangai
Quote meteorspeed 3-5-2019 11:07 AM
mostly chinese jer perangai sakai mcm nie...hanat betul perangai cop parking..
Quote saviour_09 3-5-2019 11:21 AM
loorrr meleis
ingat cinkies je gini

dah merebak rupa nya

Quote moonbug 3-5-2019 11:30 AM
Pernah kena kat parking walk up partment dengan sorang akak yang berdiri berpayung dalam hujan lebat waktu malam demi menghalang kereta lain masuk spot itu sampai kereta husband dia tiba. Dalam sejam dia berdiri situ halau kereta lain tak bagi parking. Semoga akak tu diberi rezeki melimpah ruah sampai dia mampu beli kondo mewah yang datang sekali dengan private parking ye kak
Quote syakuntala 3-5-2019 11:32 AM
Klu makcik jual goreng pisang pasar tani letak kerusi dpn gerai dia boleh report x
Quote makton 3-5-2019 11:33 AM
memalukan la perangai gini
Quote EvieWanKenobi 3-5-2019 11:46 AM
nasib baik la Sean Lau penyabar orangnya..
Quote Asdan 3-5-2019 11:47 AM

tak ada salahnya

cop jika belum ada yg cop, serupa cop meja makan, serupa cop kahwin, tak salah cop dulu (tunang), serupa aja konsepnya dgn tempat parking yg ada dah ada cop nombor plat
Quote Asdan 3-5-2019 11:54 AM

parking = seat, orang / bag = book seat, orang / kon = book parking, apa salah ?
Quote dewi_rina 3-5-2019 12:57 PM
Dekat rumah i dulu pun ada mcm nie
Dok rumah flat
Ko nak main2 cop parking
Quote buapakperut 3-5-2019 02:32 PM
kat parking rumah/mall selalu ada hawauwians yang gini. vavi sangat perangai, mohon eksiden
Quote coolie83 3-5-2019 02:32 PM
wa nasib tak jumpa kes cmni..tp penah la tunggu keta org tu yg tgh nak kluar parking, eh datang lu dgn selamba masuk parking wa...pakal je lu tua..mengalah jelah...buat scene kang buat malu pulak
Quote mohdcrow 3-5-2019 03:05 PM
Edited by mohdcrow at 3-5-2019 03:06 PM

masuk jer parking tu...dapat masuk setengah pun jadi la...keta laki dia tetap takleh masuk jugak sebab keta ko dah ada separuh dalam kotak...
kalau ko jenis sabar...block jer parking tu...keta laki dia tetap takleh masuk jugak...tunggu sampai dorang blah
Quote Artemesiaa 3-5-2019 04:22 PM
Buruknya perangai dah tua2 pun perangai macam kanak2 tabika
Quote rayray28 3-5-2019 04:28 PM
syakuntala replied at 3-5-2019 11:32 AM
Klu makcik jual goreng pisang pasar tani letak kerusi dpn gerai dia boleh report x

Kannn..ataupn depan pasaraya kt kawasan lot kedai troli dia je dok parking dlm lot2 parking tu..punya kita laju nk masuk parking alih2 ada troli parking dlm tu
Quote palmolive 3-5-2019 04:35 PM
dah berjangkit perangai dia...
Quote natrahn 8-5-2019 11:57 AM
syakuntala replied at 3-5-2019 11:32 AM
Klu makcik jual goreng pisang pasar tani letak kerusi dpn gerai dia boleh report x

boleh kalau dia tak bayar sewa petak tu..
Quote sayamamaadaanak 8-5-2019 10:49 PM
sia sia je klu report pun mcm tu jugak perangai. bagi saya ni sebab pemaju. tak sediakan petak parking secukupnya. kalau tak maintenance pun takpelah asalkan parking cukup.
Quote paz 9-5-2019 08:33 AM
Akak ni pun, tak kan lah tak tau perbuatan tu tak betul.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.116658 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top