Mempunyai rekod telah bernikah sebanyak 19 kali, 46 anak dan 200 cucu, seorang guru silat berasal dari Kelantan ini berkata rahsia beliau berkahwin banyak adalah kerana personaliti beliau yang tegas tetapi penyayang.
Sikap yang dimiliki oleh Che Soh Che Ahmad, 72 ataupun yang lebih dikenali sebagai Che Soh ini telah membuatkan isteri-isteri beliau dan juga bekas isteri berbaik antara satu sama lain dan anak-anak mudah mesra antara satu sama lain. Kali terakhir Che Soh bernikah ketika umurnya berusia 55 tahun dengan pasangan beliau yang berumur 16 tahun. Namun, mereka berdua telah bercerai 2 minggu kemudian kerana tiada jodoh. Mengakui ke empat-empat isterinya sebelum ini telah hidup sebumbung tanpa sebarang masalah selama 10 tahun, namun setelah kematian salah seorang daripadanya, Che Soh telah membina rumah untuk ketiga-tiga isterinya lebih 30 tahun yang lalu. Ketiga isteri beliau, Mariam Kadir 60, Hasnah Che Omar 58, dan Zawahir Mat 59, sehingga kini hidup harmoni antara satu sama lain.
Tidak membezakan kasih sayang dan bersikap adil Che Soh memberitahu antara rahsia utama keluarga besar mereka tidak berpecah belah malah saling berbaik sama sendiri adalah sentiasa bersikap adil dalam membuat giliran, penyayang, bekeng (garang), barulah isteri mendengar kata. Kesemua isteri,anak dan cucu sangat akrab dan jarang berbalah sesama sendiri, dan jika ada masalah,kami akan berkumpul untuk berbincang dan menyelesaikan permasalahan tersebut." Namun begitu, Che Soh sama sekali tidak menggalakkan anak-anak beliau mengikuti jejak langkahnya beristeri banyak. Namun begitu, ada juga anak beliau yang berkahwin lebih dari seorang, ujarnya lagi. Menurut isterinya pula, Mariam, beliau tidak kisah suaminya bernikah lain kerana ternyata Che Soh mampu dan bersikap adil. Beliau dan Che Soh bernikah ketika umur Mariam baru berusia 16 tahun dan antara sebab utama beliau terpikat dengan suaminya adalah kerana sikap penyayang yang ditonjolkan walaupun pada ketika itu Che Soh mempunyai isteri. Malah, hubungannya dengan madu-madu yang lain juga sangat rapat kerana pernah tinggal sebumbung selama 10 tahun. Alhamdullilah jika Che Soh mampu dan adil. Diharap bekas-bekas isterinya yang lain dibayar nafkah sepatutnya. Isu ini sangatlah sensitif terutama kepada netizen bergelar wanita. Jangan main-main ok! Apa pula kata anda? - CARI Sumber : BH online |
dakewa: Dah macam ade sorang pakcik kat kampong aku. Org panggil dia saad playboy. Keje dia asyik kahwin cerai. Dah bosan dgn bini, diceraikin nye bini2 dia t ...
ADVERTISEMENT